10 PERKARA TIDAK BOLEH DI FACEBOOK

hai...lama tak update..mana restukan bulan menghilang?
ada saja disini..
terima kasih sebab sudi dan ingin singgah di blog bulan..
hanya ALLAH yang mampu membalas..

okay hari ni nak kongsi sedikit maklumat yang berkaitan dengan FACEBOOK..
semua ada facebook kan..kebanyakan sekarang tidak kira umur semua mesti
akan ada account facebook..
kuatnya penangan facebook ini peringkat umur yang kecil pun dah ada facebook..
betulkan? itu memang tidak dinafikan..

okey apa yang mira nak kongsikan di sini hari ini adalah
beberapa info yang berkaitan dengan facebook..
kadang-kadang kita sering lupa dan terlalu asyik berkongsi
maklumat di facebook..
tapi...tapi ada juga maklumat yang tidak perlu dikongsikan di facebook..

10 PERKARA TIDAK BOLEH DI FACEBOOK

1. TARIKH LAHIR

  • mendedahkan tarikh lahir sebenar adalah sangat berisiko tinggi ia turut memdekatkan kamu kepada kecurian identiti.

2. NAMA IBU

  • kamu perlu ingat bahawa banyak laman web menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai kamu menerusi dalam talian.contoh seperti yahoo,gmail dan sebagainya.

3.ALAMAT RUMAH

  • tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman kamu kepada umum kerana penjenayah kini licik memcari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila kamu 'update' yeay,cuti-cuti malaysia ke sabah" 

4.NOMBOR TELEFON

  • Memeparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana kamu berpontensi untuk menerima panggilan jurujual (telemarketers) 'stalker' dan rakan kepada rakan kamu.

5.GAMBAR YANG TIDAK SESUAI

  • Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun,berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan 'pemuas nafsu'

6.PERJALANAN JAUH DARI RUMAH

  • status yang memberitahu ketiadaan kamu dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah kamu sebaiknya menarik perhatian 'orang lain'.

7.MENINGGALKAN RUMAH DALAM TEMPOH YANG SINGKAT

  • jika kamu 'check-in' sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan pontensi kepada pencuri untuk memecah masuk rumah kamu.

8.PENGAKUAN ATAU KEKECEWAAN

  • jangan 'maki' majikan/pihak sekolah kamu jika mempunyai masalah di pejabat/sekolah kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan.

9.GAMBAR DI DALAM RUMAH

  • Kamu mempunyai televisyen LCD yang baru? rumah dilengkapi dengan barang-barang berharga? semua itu akan membuatkan si 'cemburu' bertambah cemburu dan berpeluang untuk si pencuri menceroboh rumah kamu sangat tinggi.

10.MENGIRA DETIK PERCUTIAN.

  • lebih baik kamu memberitahu rakan-rakan berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada kamu berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.

walauapa pun bila kita berada dilaman sosial adalah tidak digalakkan
untuk berkongsi segala-galanya..nanti daripada orang tidak tahu menjadi lebih tahu..
kita sepatutnya memanfaatkan penggunaan laman sosial..
jangan terus disalah gunakan sehingga menimbulkan masalah pada nyawa,maruah dan keselamatan kita..
diharapkan anda memdapat sedikit info pada hari ini..
anda membaca,anda dapat info..
saya menulis,peringatan kepada saya juga..
jumpa lagi diupdate yang akan datang !

TERIMA KASIH


2 comments:

  1. Saya bukanlah kaki facebook pun jadi saya memang tak buat bende2 yg disenaraikan di atas. So selamatlah hehehe ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah...mudah2han..insyaallah kita pasti akan selamat :)

      Delete

sila lah menjadi pengOmen setia mish....!