Tahun demi tahun golongan remaja masa kini semakin serba canggih. Baik dari segi barang-baranganmahupun pemikirannya.


Tidak di nafikan, semakin seseorang itu mencapai kemajuan semakin bahaya keselamatan seseorang

Betul tak ?

Oleh itu, miera mahu kongsikan beberapa pekara yang tidak mungkin kamu terfikir boleh membahayakan keselamatan kamu.

❒  CHECK-IN DI MEDIA SOSIAL
Teknik ini memang menjadi trend di kalangan orang muda. Ia boleh di katakan satu kemestiaan untuk menunjukan di mana lokasi sebenar si pemilik akaun tersebut berada. Namun, jarang sekali orang melihat ia sebagai sesuatu yang bolehmendatangkan bahaya. Realitinya memang benar! Cuba bayangkan kalau ada individu yang tidak di kenali dekati kamu hanya kerana melihat status check in terbaru kamu di media sosial. Tak menakutkan ke ?

❒  BERKENALAN DI DUNIA MAYA
Pekara ini bukanlah sesuatu yang baru dan pelik. Ia memang satu pekara yang sering terjadi di persekitaran kita. Memang berkenalan di laman sosial menyeronokkan tetapi lupakah kamu ia sebenarnya boleh membahayakan keselamatan diri sendiri. Entah siapa-siapa yang kita kenal, silap-silap haribulan dia adalah penjenayah yang di kehendaki.

❒  PAKAIAN YANG MENJOLOK MATA
Jangan salahkan orang lain jika ada yang cuba mengambil kesempatan pada kamu. Cuba lihat dimana silapnya kamu. mungkinkah kerana kamu terlalu leka hinggakan ada yang berani mencuri peluang atau adakah kerana kamu sendiri yang menjadi punca utama. Berpakaian terlalu seksi atau ketat juga boleh menyebabkan kamu berada di dalam zon bahaya. Jadi seeloknya, jika kamu keluar pakailah pakaian yang besederhana.

❒  MENANGKAP GAMBAR DI KHAYALAK RAMAI
Tidak kiralah sama ada kamu menggunakan kamera mahupun telefon bimbit. Pekara ini boleh mendedahkan kamu pada bahaya. Jangan sangka tiada yang memerhati setiap tingkah laku kamu! Besar kemungkinan ada yang mengekori dari belakang dan berniat untuk meragut atau mencuri harta benda kamu. Sebaiknya elakkan diri dari mendedahkan harta benda kamu terutamanya khayalak ramai.

❒  BLIND DATE SEORANG DIRI
Gadis, kamu perlu ambil berat tentang pekara ini. Jika kamu berniat untuk bertemu janji dengan individu yang tidak pernah kamu kenali, pastikan kamu bawa sekali kawan-kawan atau saudara terdekat untuk menemani kamu! Ramai gadis yang menjadi mangsa korban hanya kerana blind date seorang diri. Jadi jangan dedahkan diri kamu pada bahaya.

❒  KELUAR BANK
Pernahkah kamu keluar dari bank dalam keadaan sedang masukan kad bank atau duit di dalam beg duit ? Hati-hati, masa itulah peragut cuba mengatur langkah. Melihat gerak gaya kamu yang sedang kalam kabut itu rancangan mereka pasti berjaya. Oleh itu, sebelum kamu melangkah keluar pastikan kamu dalam keadaan bersedia menghadapi bahaya yang akan muncul secara tidak di jangka.