Ditolak Itu Sangat Menyakitkan. Bagaimana Mengawal Perasaan Saat Kita Ditolak?


Kita semua pernah ditolak.
Saat kita ditolak itu sungguh sakit rasanya. Bukan?

Dan kebanyakkan orang tidak dapat menerima penolakan dengan baik.
Kita kena akui itu. Saya juga tidak terkecuali.
Sememangnya semua orang akan dikecewakan dalam pelbagai sudut disepanjang kita hidup ini.
kita tidak dapat lari.
Anda mungkin mengalami  penolakan bila memohon kerja, meminang seseorang dan dalam cinta, atau mungkin meminta kenaikan gaji dari bos anda.
Kadang-kadang, proposal atau idea kita dalam perbincangan ditolak mentah-mentah, tanpa didengar terlebih dahulu.
Saya tahu itu adalah pengalaman yang pahit untuk dilalui, namun bersyukurlah kerana itu adalah salah satu pelajaran yang Allah ingin berikan kepada kita.
Ya, pelajaran.
Supaya kita dapat mengenal realiti kehidupan yang sebenar dan belajar sesuatu daripadanya untuk kehidupan kita pada masa hadapan.
Yang paling penting, jangan biarkan pengalaman pahit ini menjejaskan kebahagiaan yang kita rasakan selama ini.
Terimalah penolakan itu dengan baik sebagai salah satu cabaran hidup, dan sentiasa jangan berputus asa untuk mencari jalan baru dalam mencapai kehidupan yang lebih baik.

1. Ambil masa untuk tenangkan diri

Jika anda merasa sedih apabila ditolak, itu perkara normal.
Tiada salahnya kita kita sedih. Ambillah masa untuk tenangkan diri. Cari tempat yang aman, tarik nafas dalam-dalam dan duduk diam-diam menikmati suasana.
Tetapi jalan lama-lama dalam bersedih, hanya ambil sedikit masa untuk memberikan kelegaan kepada hati kita. Let it go.
Kita juga boleh melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan untuk melupakan kekecewaan seperti bermain video game, membaca buku, menonton filem, dan keluar dengan rakan-rakan.
Yang penting kita mampu tenang dan tidak membiarkan kemurungan menyelubungi kita.
Pada pengalaman saya, perkara yang terbaik untuk menenangkan hati adalah dengan berwuduk dan melakukan solat sunat. Selepas itu, bacalah surah Yassin.
InsyaaAllah, selepas itu anda akan merasakan ketenangan yang diperlukan.

2. Jangan simpan dalam hati

Ada masanya dalam hidup ini, kita ditolak disebabkan oleh masa yang silap.
Jika kita mengajak seseorang untuk keluar makan, sedangkan dia sudah pun makan, memanglah mereka akan menolak. Jika kita ingin meminjam wang dari kawan kita, sedangkan pada waktu itu dia juga memerlukan wang, pastinya permintaan kita akan ditolak,
Sesetengah penolakan memang tiada kaitan pun dengan diri kita.
Oleh itu jika kita dikecewakan,  bukan bermakna orang tidak menyukai atau berkira dengan kita, tetapi ia mungkin berkaitan masa yang tidak sesuai.

3. Kembangkan fikiran positif apabila ditolak

Ini adalah point yang paling penting dan diperlukan.
Mungkin sukar pada awalnya sebab kita lebih cenderung untuk berfikiran negatif. Syaitan juga giat meniupkan ‘fikiran jahat’ semasa kita kita sedang kecewa kerana hati kita dalam keadaan yang tidak stabil.
Namun, insyaaAllah kita sebagai orang Islam yang beriman pasti dapat melakukannya. Sebab itulah kita digalakkan untuk bersangka baik dalam setiap perkara, termasuklah apabila kita mengalami kekecewaan apabila ditolak.
Bercakaplah kepada diri sendiri dengan positive. Contohnya:
  • “Dia tidak menjemput saya ke majlis kesyukuran di rumahnya mungkin kerana dia terlalu kalut sehingga terlepas pandang untuk menjemput saya”
  • “Dia menolak lamaran saya kerana kami tiada banyak persamaan. Mungkin timbul masalah dimasa hadapan jika dia menerima saya. InsyaaAllah, Allah akan jodohkan saya dengan orang yang sesuai dan lebih baik lagi”
  • “Kertas kerja saya ditolak kerana ada beberapa perkara perlu ditambahbaik lagi. InsyaaAllah saya akan berusaha lagi”
Secara tidak sedar, kita akan mendidik hati untuk tidak bersedih dan menjadi lebih kuat lagi. Latih minda untuk lebih fokuskan kepada kepada kebaikan dan kelebihan diri kita.
Pemikiran negatif hanya akan melemahkan kita dan memerangkap kita dalam kesedihan.

4. Kita perlu tahu bahawa semua orang pernah ditolak

Terdapat 6 billion umat manusia di atas muka bumi ini. Kita semua cantik, unik dan berbeza.
Pasti ada saatnya kita diperlukan dan pasti ada masanya kita ditolak. Disingkirkan. Direject.
Semua orang pernah mengalaminya. Pasti!
Bahkan Nabi Muhamad sendiri ditolak ketika berdakwah  di Thaif.
Robert Kiyosaki dan J.K Rowling juga pernah ditolak manuskrip mereka oleh penerbit buku.
Oleh itu jangan terperangkap dengan permainan emosi. Ini adalah perkara biasa dalam realiti kehidupan.
Janganlah kita terlalu mengikut perasaan sehingga sanggup menyalurkan kesedihan kita dengan perkara yang merosakkan seperti makan berlebihan, merokok dan mencederakan diri sendiri.
Banyakkan istigfar – InsyaaAllah dengan mengingati Allah kita pasti sentiasa waras dan bersikap wajar dalam setiap tindak tanduk kita.

5. Sentiasa yakin dengan diri kita dan apa yang telah Allah tetapkan

Belajarlah untuk sentiasa yakin dengan diri kita.
Yakinilah bahawa setiap orang sentiasa menerima kita apa adanya, dan sentiasalah cuba untuk menjadi yang terbaik boleh kita lakukan. Libatkan diri dengan hobi dan aktiviti yang kita suka. Bergembira dan ketawalah.
Simpanlah dalam hati dan fikiran kita bahawa setiap penolakan saya kita terima itu adalah telah ditakdirkan oleh Allah. Semua itu pasti bersesuai dengan kehidupan kita.
Mungkin Allah sedang melatih kita bersedia menghadapi perkara yang bercanggah dengan harapan.
Luqman Al-Hakim berpesan kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya ada sesuatu menimpamu, sama ada kamu suka ataupun benci, katakana dalam hatimu, itu adalah yang terbaik untukmu..’
Allah s.w.t menjamin akan memenuhi apa yang dipilih untuk kita, bukan apa yang kita pilih untuk diri sendiri, dan pada waktu yang Dia tentukan, bukan pada waktu yang kita mahukan.

Penutup: Ditolak itu bukan masalahnya, tetapi bagaimana kita mengawal perasaan apabila ditolak itu

Penolakan bukan masalah sebenar  yang dihadapi oleh kebanyakkan orang. Yang menjadi masalah disini adalah bagaimana kita mampu mengawal diri kita disaat kita ditolak itu.
Cubalah bersikap wajar, tenang dan seimbang.
Jangan berasa lemah dan rendah, walaupun anda seakan-akan kehilangan keyakinan diri, dan sudah berputus asa.
Allah tidak pernah lalai. Setiap kali penolakan yang kita terima, pasti ada ibrah atau pelajaran berharga. Antaranya:
  • Allah ingin melatih mental untuk bersedia menghadapi realiti kehidupan
  • Menerima setiap takdir yang Allah tetapkan dan sentiasa yakin denganNya.
Tegakkan kepala, dan yakini betapa setiap kejadian, pasti ada hikmah yang berharga yang masih tersembunyi. menunggu masa untuk muncul. Sementara itu kita harus lapangkan dada dan sentiasa berfikiran positif.
Soalan: Bagaimana pula jika kita ditolak berkali-kali dalam kehidupan ini? Pernahkah anda mengalaminya?
Kongsikan pandangan dan pengalaman anda dalam ruangan komen dibawah. Saya suka untuk membaca pandangan anda semua :) 

Antara CINTA dan NAFSU

nafsu
nafsu
1. Cinta itu membahagiakan, Nafsu itu Membahayakan
Cinta yang sebenarnya selalu menunjukkan jalan atau arah menuju kebahagiaan untuk orang-orang yang menjalaninya. Seorang pecinta yang sudah menemui dan memahami makna cinta sejati dalam dirinya akan berada pada keadaan yang membahagiakan.
Sebaliknya, orang-orang yang tertipu dengan nafsu dan menganggap nafsu adalah cinta akan berada dalam situasi yang membahayakan. Kita tidak boleh mempertikalkan bahawa di mana ada kebaikan, di situlah syaitan menggoda manusia agar terjerumus ke dalam keburukan dan dosa.
Seseorang yang mencintai pasangannya dengan sebenar-benar cinta akan menjadikan hubungannya menuju kebahagiaan sejati dengan cara menjaga dan menyayangi pasangannya.
Tanpa merosak dan menyakiti, serta membawanya jauh dari kemaksiatan. Sebaliknya,  orang-orang yang menjalin hubungan dengan landasan nafsu, mereka akan membawa hubungannya kearah kebahagiaan yang palsu dan hanya berorientasi pada fizikal, dalam hal ini adalah seks. 
2. Cinta buat kita ketawa, Nafsu buat kita Kecewa
Kalau diibaratkan hubungan seperti sawah, maka cinta adalah padi dan nafsu adalah rumput liar. Ketika seseorang menanam padi (cinta) di sawah (hubungan) maka secara automatik akan tumbuh juga rumput liar (nafsu).
Kalau orang itu sudah mengetahui dan memahami apa itu padi (apa itu cinta), maka dia akan segera memangkas rumput liar itu (nafsu) yang tumbuh di sawahnya (hubungan).
Ketika tiba masa menuai, orang ini akan menuai hasil sawahnya (hubungan) yang ditanam padi (cinta) itu tadi berupa beras (kebahagiaan).
Lain pula dengan orang-orang yang tertipu yang menyangka rumput liar (nafsu) sebagai padi (cinta). Mereka akan memelihara rumput liar (nafsu) dan tanaman padinya (cinta) akan mati.
Pada musim menuai, tentu yang mereka dapat hanyalah sekarung rumput liar (nafsu) yang tidak dapat dimakan (kekecewaan).

3. Cinta selalu ingin memberi, Nafsu hanya ingin Diberi

Saya rasa maksud dari point ketiga ini sudah jelas. Cinta adalah memberi. Ketika seseorang menjalin hubungan atas dasar cinta maka hal pertama yang dilakukannya adalah memberikan yang terbaik kepada pasangannya, bukan ingin diberi.
Logiknya, kalau kita dan pasangan sama-sama ingin memberi (kita ingin memberi kepada pasangan dan pasangan ingin memberi kepada kita) secara automatik kedua – duanya akan menerima.
Tetapi kalau kita dan pasangan inginnya diberi (pasangan ingin diberi dan kita juga ingin diberi) maka siapa yang akan memberi..? Pada akhirnya yang terjadi adalah tiada yang akan diberi kerana tiada yang ingin memberi.
4. Cinta ingin menyayangi, Nafsu ingin Merosakkan
Bagaimana cara kita memperlakukan pasangan kita? Bagaimana kita melihat pasangan kita?
Ini adalah cara termudah untuk membezakan mana cinta, mana nafsu – Cara seseorang dalam menjalin hubungan akan sangat menentukan bagaimana cara orang tersebut memperlakukan pasangannya.
Orang yang menjalin hubungan dengan landasan cinta akan sentiasa memperlakukan pasangannya dengan cara yang baik. Menjaga, menyayangi, memperhatikan dan selalu memberikan yang terbaik. Mereka mempunyai cita – cita untuk kearah berkhitbah (lamaran) dan seterusnya mempercepatkan proses rumahtangga.
Sebaliknya orang orang yang menjalin hubungan kerana nafsu cenderung memperlakukan pasangan ke arah bentuk fizikal. Setiap kali bertemu kedua inginnya dipeluk dan memeluk  dan yang lebih parah lagi kalau sampai kearah hubungan seks yang haram.
5. Cinta yang terbaik, Nafsu yang Terbalik
Cinta selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik, berusaha memberikan yang terbaik untuk pasangan. Bagaimana dengan nafsu? Sebaliknya, nafsu selalu ingin diberi dan cenderung memperlakukan pasangan ke arah yang menyesatkan dan perbuatan dosa.
.
Jika nafsu lebih kuat berbanding cinta didalam jiwa kita, maka Islam telah menyediakan penyelesaian terbaik iaitu pernikahan. Supaya kita, pasangan kita dan keturunan kita terjaga..

Sia-Sia Membalas Mereka Yang Menyakitkan Hati Dengan Kebaikan.



menyakitkan hati
perkara yang menyakitkan hati selalu datang apabila kita cuba berbuat baik. | 
kill them with kindness.
Bunuh mereka dengan kebaikan.
Mungkin dalam kehidupan seharian kita, kita selalu berurusan dengan orang yang sentiasa menyakitkan hati dan suka melihat kita susah.
Walaupun kita telah cuba sedaya-upaya untuk melayan mereka dengan baik, tetapi mereka membalas pula dengan cara sebaliknya, yang boleh dianggap sebagai kurang ajar dan tidak beradap.
Dalam percakapan dan semua cara komunikasi kita dengan mereka, kita telah secara nyata serta  jelas, cuba untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara baik dan secara aman.
Tetap keadaan sebaliknya, reaksi yang diterima semakin bercelaru dan tidak munasabah.
Kebaikan yang dihulurkan tidak berkesan. Jika ada yang terbunuh, orang itu adalah kita.
Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini?

Kebaikan yang tidak dihargai malah dibalas dengan menyakitkan hati

Saya faham, bukan senang bagi kita untuk menerima keadaan seperti ini. Seolah-olah kebaikan yang kita hulurkan tidak dihargai dan tiada nilainya. Malah dipermain-mainkan dengan tujuan untuk menjatuhkan maruah kita.
Pernahkah kita terpaksa berpura-pura untuk kelihatan baik pada luaran terhadap seseorang, tapi dalam masa yang sama kita mencaci sumpah seranah terhadapnya?
Walaupun kita tersenyum, membuat gerak badan yang mesra dan bercakap dengan penuh sopan, tapi dalam masa yang sama dalam hati kita sebenarnya “ membunuh” mereka dengan kemarahan dan bersangka buruk apabila terasa sakit hati.

Kita tidak sedar sebenarnya kita yang egois!

Sebenarnya itu kita tidak cukup baik lagi, belum cukup ikhlas.
Kita ego.
Tetapi mengapa pula kita yang ego, sedangkan merekalah yang jelas-jelas lebih ego dari kita?
Mari saya terangkan..
Sebenarnya kita ego sebab kita mahukan sesuatu. Kita mahukan sesuatu situasi itu diselesaikan mengikut cara kita.
Selalu kita merasakan orang lain salah dan kita adalah betul. Kita merasakan apabila kita sudah memberi dengan kebaikan, kita juga harus dibalas dan dilayan dengan kebaikan.
Sebenarnya kita silap.
menyakitkan hati
sedih bila hidup dikalangan orang menyakitkan hati
Kita tidak sedar bahawa secara umumnya manusia tidak pandai berterima kasih.
Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apatah lagi kepada kita sesama makhluk yang terbatas.
Oleh itu sebarkanlah kebaikan kita yang seikhlasnya, tanpa perlu kita terpaksa berpura-pura baik dengan orang yang kita tidak suka.
Memang bukan tugas kita untuk menjaga hati setiap orang, tetapi kita sendiri harus sentiasa berbuat baik dengan sesiapa pun, seikhlas hati.
Percayalah, bermula daripada ini, kita akan merasakan lebih banyak kebaikan yang akan datang kepada kita apabila kita menetapkan niat untuk menyebarkan kebaikankita secara ikhlas.
Metafora atau analoginya begini:
Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita.
Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita.
Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong.
Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah.
Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?
Tidak. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.
Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?
Pasti ada! Insya-Allah.
Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita.
Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita. Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi
Walaupun mungkin ia tidak datang daripada orang yang ego kita mahukan, tetapi pasti banyak lagi kebaikan daripada orang atau perkara lain, yang akan dihantarkan oleh Allah kepada kita.
Mungkin dari segi jodoh yang baik – isteri yang taat dan suami yang setia, anak yang baik pintar dan soleh, kelebihan dari segi harta, dan kebaikan-kebaikan lain yang melapangkan serta membahagiakan  hati kita.
Inilah kekayaan yang lebih utama bagi seorang manusia daripada perkara lain seperti pangkat dan jawatan.

Jadi, ingin menjadi orang yang baik serta ikhlas perlu rela terus ditindas?

Tidak. Kita bukan mahu ditindas, tetapi memilih jalan untuk bersabar.
Tapi bak kata Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid, ‘Teori memang mudah , praktikal nya?, kita sendiri yang sedang hadapi situasi tu yang tau’
Sabar itu indah. Beautiful.
No suffer afflicts us beyond our capability.
Allah maha melihat, oleh itu anggap sahaja setiap perkara yang kita buat untuk menjaga hubungan sesama manusia itu sebagai satu ibadah untuk mencapai keredhaan Allah.
Yakinlah, what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.
menyakitkan hati
perasaan menyakitkan hati memang memenatkan
Cuba selami kembali bagaimana tindakan Rasulullah apabila disakiti penduduk Thaif. 
Cuma buat masa sekarang ini, kita hanya perlu bersabar, dan melatih hati kita untuk bagaimana untuk benar-benar ikhlas.
Ikhlas dan sabar itu adalah kunci kekuatan hati. Memang bukan senang untuk melakukannya, tetapi kita mampu melakukannya.
Kerna mereka yang mempunyai kekuatan hatilah sentiasa dapat menundukkan rasa ego yang terbit dalam diri.
Hanya apabila kita yakin dengan balasan-balasan yang Allah janjikan, insyaaAllah kita kita akan bahagia dunia akhirat.
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka…” – Surah Ali-Imran ayat 159
InsyaaAllah, satu hari keikhlasan kita menyebarkan kebaikan akan diperlihatkan juga oleh Allah, cuma kita jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.
Kelapangan hati, ketenangan jiwa, kesegaran roh, akan hadir kepada kita insyaAllah. Pasti.

Penutup: Jadikan Ini sebagai Ladang Peningkatan Diri Kita

Kita tidak akan pernah rugi dengan perilaku orang kepada kita.
Jadikan penghinaan orang lain kepada kita sebagai kesempatan untuk menyucikan jiwa, dengan memaafkan orang yang menyakiti dan membalasnya dengan kebaikan.
Belajarlah melupakan setiap kesalahan orang terhadap kita. Dengan sikap seperti ini hidup kita akan lebih ringan.
Kerana semakin kita ingin dihargai, dipuji, dan dihormati, maka akan sering kita sakit hati.
Walaupun kebaikan dan kasih sayang tidak selalu dibalas dengan kebaikan dan kasih sayang,
Jangan pernah bosan berbuat kebaikan dan menabur kasih sesama insan,
Kerana satu saat nanti kita akan merasakan kepuasan dalam hidup kita.
                                           

Kisah Sebenar Disebalik Lagenda Dracula


Kisah hidup Dracula merupakan salah satu contoh bentuk manipulasi sejarah yang begitu nyata yang dilakukan Barat.
Kalau filem Rambo merupakan suatu fiksyen yang kemudian dihasilkan  seolah-olah menjadi tokoh yang nyata oleh Barat, tetapi Dracula merupakan keterbalikannya, tokoh yang nyata wujud cuba dikaburkan menjadi fiksyen.
Bermula dari novel  karya Bram Stoker yang berjudul Dracula, kisah tokoh ini mula difilemkan seperti Dracula’s Daughter (1936), Son of Dracula (1943), Hoorof of Dracula (1958), Nosferatu (1922) yang dibuat ulang pada tahun 1979 dan filem dracula yang lain yang diolah dalam bentuk yang lebih moden.

Dalam buku berjudul “Dracula, Pembantai Umat Islam Dalam Perang Salib” karya Hyphatia Cneajna

 kisah Dracula   sebenarnya merupakan pembesar Wallachia , berketurunan Vlad Dracul.
Dalam huraian Hyphatia tersebut, kisah Dracula tidak boleh dilepaskan menjelang tempoh akhir Perang Salib.
Dracula dilahirkan ketika peperangan antara Kerajaan Turki Ottomaniah sebagai wakil Islam, dan Kerajaan Hungary sebagai wakil Kristien, dimana peperangan ini semakin sengit.
Kedua – dua kerajaan tersebut berusaha  merebutkan wilayah-wilayah yang boleh dikuasai, baik  Eropah mahupun Asia .
Puncak  peperangan ini adalah jatuhnya Konstantinopel, iaitu benteng Kristian ke dalam penguasaan Kerajaan Turki Ottomaniah.
Dalam peristiwa Perang Salib,  Dracula merupakan salah seorang panglima tentera Salib. Dalam perang inilah Dracula banyak melakukan pembunuhan terhadap umat Islam.
Hyphatia menganggarkan jumlah korban kekejaman Dracula mencapai 300 000 ribu umat Islam.
Korban-korban tersebut dibunuh dengan berbagai cara yang  sangat biadab dan kejam, iaitu dibakar hidup-hidup, dipaku kepalanya, dan yang paling kejam adalah disula.
Penyulaan merupakan cara penyiksaan yang amat kejam, iaitu seseorang itu akan ditusuk dubur dengan kayu sebesar lengan tangan orang dewasa yang hujungnya ditajamkan.
Mangsa yang telah ditusuk kemudian dipancangkan sehingga kayu sula tersebut menembus hingga perut, kerongkong, atau kepala.
Hyphatia mengatakan dalam bukunya :
“Ketika matahari mulai meninggi Dracula memerintahkan penyulaan segera dimulakan. Para prajurit melakukan perintah tersebut  seolah robot yang telah dipogram.
Penyulaan disulami dengan lolong kesakitan dan jeritan penderitaan yang segera memenuhi segala penjuru tempat itu.
Mereka, umat Islam yang malang ini sedang dijemput ajal dengan cara yang begitu mengerikan. Mereka tak sempat lagi mengingat kenangan indah dan manis yang pernah mereka alami.”
Tidak hanya orang dewasa sahaja yang menjadi mangsa penyulaan, tapi juga bayi. Hyphatia memberikan pemaparan tetang penyulaan terhadap bayi sebagai berikut:
“Bayi-bayi yang disula tak sempat menangis  kerana mereka   kesakitan yang amat apabila hujung kayu menembus perut kecilnya. Tubuh-tubuh korban itu meregang di kayu sula untuk menjemput ajal.”
Kekejaman seperti yang telah dipaparkan di atas itulah yang selama ini disembunyikan oleh Barat. Menurut Hyphatia hal ini terjadi kerana dua sebab.
Pertama, pembunuhan beramai – ramai yang dilakukan Dracula terhadap umat Islam tidak boleh dihapuskan dari Perang Salib.
Negara – negara Barat yang pada masa Perang Salib menjadi tunggak utama tentera Salib, tidak mahu tercoreng wajahnya.
Mereka yang mengutuk dan menentang pembunuhan beramai – ramai oleh Hilter dan Pol Pot, enggan membuka pekung mereka sendiri. Perkara ini sudah menjadi tabiat Barat yang selalu ingin nampak seperti Hero.
Kedua, Dracula merupakan pahlawan bagi pasukan Salib. Walaubagaimana kejamnya Dracula pun, tetapi dia akan selalu dilindungi nama baiknya. Dan, sehingga saat ini di Romania , Dracula masih dianggap pahlawan.
Sebagaimana sebahagian besar sejarah pahlawan – pahlawan pasti akan diambil sebagai superhero dan dibuang segala kejelekan, kejahatan dan kelemahannya.
Untuk menutup kekejaman mereka, Barat terus-menerus menyembunyikan siapa sebenarnya Dracula.  Mereka berusaha agar sejarah  jati diri Dracula yang sebenarnya tidak terkuak.
Dan, harus diakui bahawa usaha Barat untuk mengubah sejarah Dracula dari fakta menjadi fiksyen ini cukup berhasil.
Utusan Sultan Mehmed II
Ukuran keberhasilan ini dapat dilihat dengan banyak masyarakat, khususna umat Islam sendiri yang mengetahui tentang siapa sebenarnya Dracula.
Masyarakat umum hanya mengetahui bahawa Dracula adalah merupakan lagenda vampire (pontianak) yang kehausan darah, tanpa mengetahui kisah sebenarnya.
Selain membongkar kebohongan yang dilakukan oleh Barat, dalam bukunya Hyphatia juga mengupas makna salib dalam kisah Dracula.
Seperti yang telah diketahui umum  bahawa penggambaran Dracula yang telah menjadi fiksyen tidak boleh dilepaskan dari dua benda, iaitu bawang putih dan salib.
Konon hanya dengan kedua benda tersebut Dracula akan takut dan boleh dikalahkan.
Menurut Hyphatia penggunaan simbol salib merupakan cara Barat untuk menghapus jejak sejarah pahlawan tentera Islam dalam perang salib, sekaligus untuk menunjukkan kehebatan mereka.
Sultan Mahmud II (di Barat dikenal sebagai Sultan Mehmed II) dan juga dikenali sebagai Al- Fateh dalam sejarah Islam.
Sultan ini merupakan penakluk Konstantinopel yang sekaligus penakluk Dracula, adalah insan yang telah mengalahkan dan memenggal kepala Dracula di tepi Danua Snagov. Namun barat berusaha memutar belit fakta ini .
Mereka berusaha agar merekalah yang kelihatan mengalahkan Dracula. Maka diciptakan sebuah fiksyen bahawa Dracula hanya boleh dikalahkan oleh salib.
Tujuan  hendak mengaburkan peranan Sultan Mahmud II juga sekaligus untuk menunjukkan bahawa merekalah yang paling hebat, yang boleh mengalahkan Dracula si Haus Darah.

Aku Ingin Mencintai Dengan Sebenar – Benar Cinta


Ya Allah, betapa aku malu atas apa yang telah engkau berikan sebagai manusia, segala khilaf tertuju padaku, sungguh tidak ada apa-apa pada diriku yang kecil ini.
Terlena, sungguh aku sering terlena pada pesona nafsu dunia dan diri. Aku ingin kembali, tertunduk pilu dalam sujud syukur kembali pada cahayaMu..
Ya Rabbi, menghamba padaMu adalah tujuan akhir penantianku, setiap degupan yang berdetak kerana Izin KuasaMu. Setiap langkah yang tak putus beriring dengan Asmamu Ya Rabbi.
Segala keluh kesah hanya tercurah padaMu, tidak akan berkat langkahku tanpa redha Mu Ya Rahman. Cahaya Mu, cahaya dalam sepi hidup menjadi senyum ikhlas yang tak putus pada Rahmat Mu,  melahirkan kembali kepada fitrah yang suci dengan  Selawat yang menggema pada jagat raya Mu.
Dalam sepi, aku sering hilang, tidak mengingati Mu, namun Engkau tetap menjagaku dalam nikmatnya nafas yang ku hembus dalam raga, tak putus-putus Engkau mengingatkanku dan Halusnya Peringatan Mu. Tidak  Engkau terus memberikanku hukuman, walaupun betapa kuasanya diriMu Ya Robbi.
Sujud yang mengalun merdu dalam sepertiga malam membuat terhanyut dalam ribuan titisan air mata taubat.. Sebiji zarrah pun dihitung baik kebaikan dan keburukan.. Berkatilah kami ya Rabbi..
“aku ingin mencintaiMu setulusnya sebenar-benar aku cinta dalam doa, dalam ucapan, dalam setiap langkahku, aku ingin mendekatiMu selamanya sehina bagaimanapun diriku, kuberharap untuk bertemu denganMu ya Rabbi.. .. “

ANTARA CAKAP ORANG DAN CAKAP DIRI SENDIRI MANA SATU SEPATUTNYA KITA PILIH?


assalamualaikum, hai semua lama tak merajinkan diri menyibukkan diri menaip entry. okey tetiba malam ni miera terrajin nak menaip entry...ANTARA CAKAP ORANG DAN CAKAP DIRI SENDIRI MANA SATU SEPATUTNYA KITA PILIH? haa mana satu anda pilih. dalam hidup bermasyarakat kita sering terkeliru dengan diri sendiri, kita selalu rasa takut pada kata diri sendiri. seringkali kita mendengar kata insan disekeliling kita sehinggakan kita tidak tahu dimana sebenarnya letaknya diri kita.
 subhanallah..
semasa di sekolah dulu, saya pernah membuat perubahan drastik kepada diri saya, iaitu berubah menjadi lebih baik dari diri saya yang sebelumnya. bukan berubah apa sangat pun,cuma lebih rajin menuntut ilmu, dan meninggalkan perbuatan2 melanggar peraturan sekolah (haha).
satu hari, ada seorang teman saya berkata kepada saya, ‘perubahan kamu ni bagus, tapi mengapa kamu tak ajak orang lain untuk berubah sama? kamu tak nak tengok kawan2 yang lain pun jadi baik?’
pertanyaan ini sangat menyentakkan jiwa saya, sampai sekarang pun saya masih ingat lagi. masa itu saya berfikir2 macam mana nak ajak orang lain untuk berubah? fikir punya fikir punya fikir apa pun tak berlaku. saya langsung tak mengajak kawan2 saya berubah menjadi lebih baik kerana saya tidak tahu bagaimana!
betul ke susah nak ajak orang jadi baik? anda pun mengalami masalah yang sama ke?
memang susah kalau anda terus nak ubah tanah landai menjadi sebuah gunung!
mengubah orang memang akan menjadi mustahil kalau anda meletakkan perubahan itu mesti sempurna. waktu di sekolah itu saya buntu tidak tahu bagaimana mengajak kawan2 menjadi baik kerana definisi ‘baik’ saya terlalu ‘ekstrem’ untuk diaplikasikan kepada kawan2. saya mahu kawan2 yang datang lambat ke sekolah, malas belajar, suka mengumpat, tidak menjaga aurat, terus berubah menjadi minah surau yang rajin baca quran, berkata yang baik2 saja, menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran dan pakai tudung betul2, jangan nak on-off.
sudahnya habuk pon tak bergerak.
dalam dakwah pun begitu kan? kadang2 kita rasa ‘uuu susahnya nak ubah orang tu, dia tu jauh sangat dari islam..’
di situlah silap kita, kita membayangkan orang2 yang kita nak dekati, yang nak kita ubah mesti jadi begini, begini, dan begini…
sedangkan apa yang kita perlukan hanyalah mengubah orang itu jadi lebih baik dari sebelumnya! walaupun mungkin ‘baik’ itu sendiri pun masih jauh dari sempurna
orang yang tak solat, dapat diperkenalkan dan diajak solat satu dua waktu pun lebih baik dari ditinggalkan terus. orang yang tak baca quran, kita hadiahkan sebuah quran untuk dia simpan dahulu, x baca dulu pon x apa. orang yang tak tutup aurat, ajak sekali sekala ke program yang menuntut untuk aurat ditutup.
berubah sedikit jauh lebih baik dari tak berubah langsung!
percayalah, bila kita istiqamah mengajak orang menjadi lebih baik secara perlahan2, satu hari kelak bila hidayah Allah menyambar hatinya tup2 tiba2 dia sendiri akan berubah dengan drastik atas kemahuannya sendiri, insyaAllah :)
di kesempatan membicarakan isu ini, saya berminat untuk menyelitkan dua isu sensasi yang sedang melanda kita semua, iaitu fenomena filem ombak rindu dan amalina che bakri
sama jugalah, kadang2 kita terlalu mengharapkan perubahan yang besar dan drastik sampaikan tak ada sesiapa pun mengambil sebarang langkah kecil untuk membawa kepada perubahan.
saya sendiri sudah menonton filem ombak rindu (eh, hehe), walaupun terlalu banyak perlanggaran syariat di dalamnya, tetapi tak dapat dinafikan ianya adalah sebuah filem yang bagus! maksud saya aspek2 teknikal dan pembangkitan emosinya sangat berjaya. dari aspek dunianya ia adalah sebuah filem yang dibuat dengan bersungguh2 dan dipersembahkan dengan begitu baik sekali, sampai saya pun terbawa2 juga semasa menonton dan ada sedikit rasa nak mengalir air mata (huhuhu)
tetapi ramai orang menyelarnya! lantas saya berfikir, kita nak apa dari mereka pembuat2 filem ini? kita mahu mereka berubah terus dan buat filem2 islamik sahaja (sedangkan orang2 yang islamik sendiri pun x nak bikin filem) atau tinggalkan terus kerjaya membuat filem sedangkan mereka punya bakat besar untuk menyentuh hati manusia melalui karya mereka?
sebab itu, sampai sekarang, walaupun banyak yang telah diperkatakan, industri filem dan hiburan kita terus macam tu juga, tak ada sebarang perubahan sebab tak ada orang nak mengajak mereka menjadi lebih baik! (dan kita pun tak mengahrapkan dan mendoakan mereka menjadi lebih baik, kita nak berubah terus!)
sama juga, macam kes amalina che bakri, kita sibuk2 berkata pelbagai ni, kita nak apa dari dia sebenarnya? terus sarung tudung, terus berzanji baca quran dan sebagainya? persoalannya ialah, ada ke takde ni orang yang mengajak dia jadi orang yang lebih baik?
herm…
“Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan satu perdagangan yang dapat meyelamatkan kamu daripada azab yang pedih?” (61:10)


BABIES BLINK 5 IN 1 TERBARU! SUPER DUPER BERKESAN??




ASSLAMUALAIKUM UOLLS. OKEY SIAPA DISINI PENGGUNA SET BABIES BLINK? OKEY NAK TAHU OKEY KE TAK BABIES BLINK YANG LAMA TU UOLLS BOLEH KLIK SINI ! SEKARANG PIHAK LYNAZ BEAUTYCARE ADA MENGELUARKAN SET TERBARU 5 DALAM 1 ADA APA 5 DALAM 1 NIE? MEH NAK CERITA.....




WHITE , PINKISH & GLOWING BERSAMA NYA!!!

 BABIES BLINK WHITENING 5 IN 1

DI BEKALKAN BERSAMA TONER BABIES BLINK WHITE GLOW PERFECT!!!!! KESAN SEAWAL 1 MINIT!!!!DAH CUBA BARU TAU!!!!!

Kesan pengunaan babies blink mmg seawal 24 jam ia dpt mengecilkan pori2 muka,mencerahkan 
5x ganda dari agent pemutih!!!membantutkan naik jerawat, matikan jerawat, menghilangkan jeragat serta melembapkan kulit dan mengimbangkan minyak berlebihan!!!
cepat2 kesan seawal 24 jammmm!!!
ternyata berkesan ori punya..

KELEBIHAN UTAMA SET BABIES BLINK:

- mengecilkan pori2 wajah
- mencerahkan 5x ganda dari agent pemutih
- menjadikan kulit cerah + pinkish
- melicinkan kulit secara maximum
- membantutkan kenaikan jerawat baru
- membantutkan pertumbuhan jerawat
- menghilangkan jeragat dalam 5 hari bergantng pada jenis jeragat
- melembapkan kulit seperti chewing gum
- mengimbangkan minyak berlebihan
- membekalkan pencerahan dan kesan yg sgt cepat agar kulit kelihatan bersinar






1 SET BABIES BLINK MENGANDUNGI:

1) GLUTACOLL SOAP - 60 GRAM
2) ANTIBIOTIC DAY CREAM - 20 GRAM
3) MAGIC NIGHT CREAM - 20 GRAM
4) WHITENING REPAIR SERUM - 10 ML
5) TONER WHITENING PERFECT - 40 ML

HARGA PROMOSI
1 BOX
- RM90 (SM) RM95 (SS)
* FREE POS

UNTUK ODER DAN PERTANYAAN SILA HUBUNGI
010-2444830 (MIERA)
ATAU PM KAMI DI
PAGE RESTUKAN BULAN SHOPE

================================

* HARGA TERMASUK POS SEMENANJUNG

* NO COD YE... PENGHANTARAN MELALUI POS SAHAJA.. 




 TESTIMONI PENGGUNA


TESTIMONI DISEBABKAN SET BABIES BLINK 5 IN 1 BARU SAHAJA DIKELUARKAN TESTIMONI STILL DALAM PROSES HEHEH TAPI MIERA ADA 2,3 TESTIMONI SET BABIES BLINK 5 IN 1 NI. JIKA ANDA MEMBELI BERSAMA MIERA MUNGKIN TESTIMONI ANDA AKAN MIERA MASUKKAN DIDALAM BLOG INI DAN JUGA DIHANTAR KE HQ LYNAZ BEAUTYCARE.


TESTIMONI 1
PENGASAS PRODUK BABIES BLINK
DATIN LYNAZ HASSAN

TESTIMONI 2


CARA PENGGUNAAN SET BABIES BLINK: