Dugaan Itu Amat Indah Jika Kita Ikhlas Menghadapinya


Salam dan hai semua
kalian apa khabar?? saya doakan moga kalian berada di dalam keadaan yang menyenangkan
tetapi saya?? entah susah nak di ungkapkan keadaan saya sekarang nie..

semalam tanggal 26 oct 2013 satu peristiwa yang tak mungkin saya lupakan..
kejadian yang membuka mata hati kami sekeluarga supaya sentiasa berhati-hati
didunia luar..
kejadian yang berlaku di R&R seremban kami baru sahaja balik
dari kuala lumpur selepas melawat adik bongsuku
yang bersekolah di sekolah sukan bukit jalil...
selesai berjumpa adik bongsu kami pulang ke seremban..
semasa di dalam perjalanan seru azan asar membuatkan kami sekeluarga
mengambil keputusan untuk singgah solat di R&R seremban..
bila menjejaki dirumah ALLAH niat cuma satu hanya ingin menunaikan tanggungjawab
kepadaNYA..
jadi niat kami tidak terfikir langsung akan berlaku sesuatu peristiwa
yang membuka mata hati kami..

seperti biasa kami ambil wudhu dan semasa sedang sujud padaNYA
maka berlakulah satu peristiwa
beg tangan milik mama saya hanya berada disisinya..
sedang khusyuk kami sembahyang ada seorang hamba ALLAH yang hatinya
hanya ALLAH sahaja yang tahu apa niatnya..

zapsssss..sekelip mata harta kami,hak kami diragut..
diambil oleh seseorang yang niatnya tidak baik dirumah ALLAH..
subahanallah..
seseorang telah mengambil semua barang kami
handfon,beg dompet dan barang-barang lain hilang hanya dalam sekelip mata..
masa tu kami buntu memikirkan mengapa ini terjadi

namun saya dan mama saya menganggap ini adalah dugaan dari yang maha esa..
kerana kejadian ini berlaku dirumahNYA..
akan tetapi pesan saya pada yang membaca kita berhati-hatilah
disekeliling kita kerana pada dunia akhir zaman kini tiada apa yang mustahil..
tiada apa sahaja selamat..
disekeliling kita adalah kencaman yang paling hebat tidak kenal siapa dan dimana..

walaupun kejadian ini sedikit sebanyak membuat kami hampir jatuh 
tetapi dugaan itu amat indah jika kita ikhlas menghadapinya..
subahanallah..

doa saya semoga pencuri ini tidak terus meneruskan kerja kotor ini..
dirumah ALLAH bukan tempat yang mulia melakukan semua ini..
jika anda kesusahan minta sahaja jangan mengambilnya..
semoga terbuka pintu hatinya untuk berubah..
dan berharap kejadian ini tidak berlaku pada insan lain..

tercabar dengan emosi saya.. tercabar dengan bagaimna saya nak hadapi dugaan ini.. bila malam, tagisan dah menjadi seperti sahabat baik saya.. mungkin dengan tagisan dapat membuatkan saya tabah serta kuat untuk menghadapi dugaan yang melanda.. hanya dengan menagis sahaja membuatkan saya mampu terlena walaupun cuma seketika aje...

menantikan sesuatu yang saya sendiri tak pasti amat amat pedih dan sakit.. seksa.. bila mengenangkan dugaan ini, saya hanya mampu pasrah dan berserah pada Ilahi moga di berikan saya kekuatan yang sekucupnya.. moga di berikan saya petunjuk untuk saya menghadapi dugaan yang di berikan-Nya..
moga di berikan saya kekuatan untuk saya menghadapi segala kemungkinan yang terjadi.. 

Ya Allah.. hanya pada-Mu aku berserah atas segalanya.. aku berpegang pada kata "Ada Hikmah Di Setiap Kejadian Yang Berlaku" dan kerana kata2 itulah, aku masih mampu bertahan hingga ke hari ini.. dengan kata2 itulah jua aku masih mampu untuk memaniskan muka melayan setiap kerenah customers.. walhal dalam hati aku berperang dengan segala bagai emosi.. berperang dengan segalanya..
aku pasrah tapi bukan mengalah..



Ya Allah, hanya padamu aku bermohon semoga di Kau tabahkan hatiku untuk menghadapi dugaan yang diberikan olehMu padaku kali ini.. semoga aku mampu untuk bertahan hingga ke akhirnya dan aku tak ingin kecundang di pertengahan.. Amin~


ps : Dugaan Itu Amat Indah Jika Kita Ikhlas Menghadapinya~

1 comment:

  1. benar, dugaan itu sebenarnya sgt indah. semuanya bergantung kepada kita dlm menilainya. :) anyway, woww! nice blog. blogwalking here. done following u. jemput dtg blog arin jgk. >_< salam ukhwah. ~fly

    ReplyDelete

sila lah menjadi pengOmen setia mish....!