Chriszen Moist Cake 2 in 1 Foundation...best ke foundation nie?

assalamulaikum...hai2 miera nak kenalkan korunk semua dengan satu lagi foundation yang hebat...
tak bercapuk bila pakai...
pernah dengar tak chriszen moist cake 2 in 1 foundation..

CHRISZEN MOIST CAKE 2 IN 1 FOUNDATION SPF 50+
HARGA PROMOSI : 
RM 59.90 FREE POS SEM
RM 65 FREE POS SS
GIFTS :
CHRISZEN FACE AMPOULE
Harga Biasa Chriszen Moist Cake:
-S/M: RM59
-S/S: RM65
Harga Biasa Chriszen Ampoule: RM29
Harga Biasa satu set RM88
Kini tiada lagi masalah Muka Berminyak!
  

SOALAN LAZIM TENTANG CHRISZEN MOIST CAKE:
Chriszen Moist Cake ini memang bagus ke??
Jawapannya ialah:
-mengandungi L-Glutathione yang berfungsi mencerahkan kulit.
-mengandungi Collagen yang berfungsi untuk membantu pudarkan jerawat atau jeragat.
-mengandungi Pelindung UV yang berfungsi melindungi kulit daripada UVA dan UVB.
-mengandungi Pelembap yang berfungsi melembapkan kulit wajah.
-membantu menyembunyikan lubang atau parut jerawat muka.
-mengurangkan keminyakan muka.
-mengandungi NBR sponge yang paling popular di Korea, fleksibel dan lembut, senang dipakai di muka.
-ringan dibawa keluar.

Selalu pelanggan tanya admin, apa color sesuai i pakai?
kulit cerah, pakai no.1
kulit sederhana, pakai no.2
kulit gelap/kuning langsat, pakai no.3 
Chriszen Moist Cake 2 in 1 Foundation
No. 1 Merah Jambu Cerah
No. 2 Merah Jambu
No. 3 Kuning Langsat
 WHATSAPP miera 010-2444830 FOR ORDER K..
Inginkan Wajah Semulajadi?
Kulit Wajah Lembap, Halus, Cerah









SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN MISH MIERA ZAINUDDIN

Assalamualaikum...hai..wah tajuk post ucap untuk diri sendiri hehehe..
alhamdulilah syukur kepada ALLAH pada hari ini (11.03.2014)
miera masih diberi kesempatan untuk merasai kedewasaan usia..
heheh..sekarang miera sudah pun mencecah 21tahun..
alhamdulilah...

tahun lepas masa genap umur 20tahun memang tak dapat nak celebrate dengan family
sedih je masa tukan sebab miera masa tu sedang dalam semester akhir diploma di kuantan..
so memang sedih sebab rasanya pertama kali miera sambut hari ulangtahun kelahiran
tanpa family disisi..so kawan2 masa tu lah pengubat segalanya..
hehe ingat lagi malam tu tengah syok2 feeling sedih jauh dari family 
kawan baling bedak habis malam tu duk penuh bermandikan bedak hehehe...
jadi terubat sedikitlah masa tukan...hheee

okey nak tahu sesuatu tak miera dengan adik miera yang bongsu kongsi tarikh hari
ulangtahun kelahiran yang sama cuma dia 12.03 dan miera 11.03 
jadi oleh disebabkan tarikh kami selang sehari so kami akan bergilir2 sambut hari ulangtahun..
macam tahun nie adik miera akan sambut dengan tarikh miera..
tahun depan pulak miera kena sambut time befday dia..so atas kek memang ada nama kami berdua..
hehe best tau sebab ada partner kihkih..

sekarang bila dah masuk genap 21 tahun lagi sekali sedih sebabnya 
miera lagi sekali berjauhan dari keluarga..miera pun baru masuk ijazah
jadi kebetulan masuk ijazah masa nak dekat2 tarikh hari lahir miera..
nak bagitahu kawan malu sebab baru je kenal hihihi..
so nyanyi untuk diri sendiri jelah kan sob sob sob..
walaumacam mana pun semakin meningkat umur kita semakin kita menghampiri kematian..
allah kalau dengar takut je kan..
tapi itu lah falsafah didalam kehidupan...dan bagi miera semakin meningkat usia
banyak tanggungjawab dan cabaran yang miera nak fikirkan..
tentang cita2,masa depan yang akan mendatang...
dunia sekarang semakin mencabar dan nak memlaluai hari yang mendatang
memerlukan semangat yang kental..
hhhee mengantuk pulak taip panjang2 miera stop sampai sini okey..
selamat hari ulangtahun mish miera hikhik...
selamat malam semua...
goodnite..

MINGGU PERTAMA SEBAGAI SEORANG PELAJAR UNIVERSITI


 Assalamualaikum..baru ada masa nak update blog nie..
bila class dah mula memang agak kekurangan masa sedikit kalau nak buat hal sendiri..
terkerjar sana terkerja sini..
sebab ijazah bukan macam diploma..
masa diploma semua kita disuap oleh lecture..semua lecture tunjukkan..
tapi bila dah masuk ijazah memang semua harus dibuat sendiri..
kena usaha sendiri lecture hanya bagitahu dan guide sahaja..
yang mencari dan menyelesaikan adalah diri sendiri..

okey miera nak cerita pasal asrama..miera rasa agak bertuah jugaklah sebab asrama miera
memang dekat dengan segalanya..hihi..miera dalam uitm shah alam nie dapat kolej mawar tau..
memang best asrama nie..tapi memang boleh sesat..sebab besar sangat..
tapi yang bestnya asrama miera ada lif dan miera tinggal di tingkat 5 so boleh imagine
kalau miera naik turun tangga setiap hari (memang boleh pengsanlah kan)
so memang best naik turun lif tapikan sometimes takut jugak naik turun lif nie
sebab menakutkan..bila naik sorang2 macam2 benda tak elok dalam fikiran difikirkan..hehhe
dan miera memang dapat bilik berdua..so roomate miera fakulti elektrik..
miera pulak pendidikan so masa kelas dan balik kelas memang tak sama..
kadang2 dia kelas lambat dari miera kadang2 miera yang kelas awal balik lambat..
kadang2 bila miera need discussion dengan kawan mesti kena pergi bilik kawankan..
so memang akan tinggallah roomates miera sorang2 dalam bilik..
dan kadang2 dia pulak yang pergi bilik kwn dia and i am alone hehhe...
jumpa pun kadang2 bila dah nak malam..kadang2 je ada masa nak beborak2..

okey bila duduk dalam kawasan u nie semua orang ada kat sini..
macam2 orang,macam2 ragam kita akan jumpa..
so far asrama miera memang bersih sangat..bilik air pun menyenangkan..
cuma yang tak menyenangkan bilik air jauh dari bilik miera..
jadi kalau rasa nak membuang memang kena buang siap2..hehhe
sebab bila tengah malam sunyi takut pulak nak pergi sorang2..
hheheh pagi2 pun sama kena jalan jauh cket sebab nak mandi hehhe...

jadi memang kadang2 akan boleh sesat dalam kolej nie..
rasa setiap hari kot jalan tempat yang sama tapi masih tetap tak sure dan tak yakin..
selalu kalau jalan mesti akan tanya(eh betul ke nie jalan nie? eh asal lain)
hehhe..sampaikan rasa nak buat tanda je supaya tak lupa hihik..
dan masih belum lancar lagi no bilik so kalau member tanya hanya boleh jawab tingkat 5 blok A..
 
kalau nak pergi ke kelas pula ada bus disediakan dan bus taklah fixed sangat macam masa diploma dulu...bus ada setiap masa..so memang tak risau sangat pasal bus..
tak adalah rushing sangat..tapi kalau kelas nak strat kenalah awal cketkan..
fakulti miera memang keluar dari induk..miera punya fakulti dekat seksyen 18..
jadi memang kena keluar cket..
 
dalam fakulti pulak memang besar dalam nie semua fakulti ada..
maknanya semua cikgu dalam nie...cikgu seni,muzik,pjk,fizik,kimia,matematik dan TESL..
jadi memang ramailah kan..tapi kat dalam nie semua bakal cikgu..
dalam kelas 100% english lecture hanya speaking je..
ada jugak lect cakap melayu tapi sebenarnya salah if lecture cakap melayu masa mengajar..
sebab apa..sebab itu dah undang-undang uitm tetapkan..
faham atau tak terpulang..hehhe nak kata terror english hmm hahhaa bolehlah..
sebab masa diploma pun belajar juga english so dah biasa tak ralat sangatkan..
tapi tu lah bila dah masuk ijazah nie kerja assigment dah tak macam diploma lagi..
assigment ijazah memang agak mendalam cket dan banyak..
jadi bila nak jadi cikgu mereka galakkan kita berpakain seperti seorang cikgu..
kalau boleh baju mestilah sopan dan digalakkan ke kelas berkasut high heels yang bertutup..
macam cikgu..hehe dan lecture pun akan bahasakan kami cikgu bila dlm kelas..
bukan awk,bukan sy..hhehe...
setakat hari nie kelas memang best..cuma penat cket sebab satu kelas 5jam dari pagi sampai tengahari..
makan tu kadang2 tergendala jugak..kadang2 terus makan malam je..hahha
so memang boleh diet...

kalau malam pulak yang istimewa dekat uitm ni ada gerbang malam uitm..
kat sini semua ada dari atas sampai bawah..
nak apa cakap je..masa mula2 tu agak jakun jugaklah..,mata nie berpinar2 hahah..
sebab apa kalau nak tahu kat gerbang malam nie ada jual baju,tudung,kasut macam2 lah
tak boleh nak gambarkan..dan memang meriah..makanan pulak macam2 ada..
cakap je nak makan apa..cool blog,uncle bob already here..hahha
jadi tak payah nak keluar bandar sangat if nak beli apa2 sebab dekat gerbang malam uitm nie
dah mencukupi segalanya tau..hehhe
kadang2 memang gatal tangan cket nak beli..hhee

okey lah miera nak henti sampai sini je pengalaman untuk minggu pertama nie..
nanti ada masa miera kongsikan lagi ye...
tata...

DUNIA BARU BERMULA BAKAL SEORANG PENDIDIK


asslamualaikum...lama sangat tak update blog memang pemalas
tak sayang blog langsung kihkih...
maaflah memang kurang sangat update blog sebab masa dan situasi yang tidak mengizinkan..
dunia baru bermula? haaa dunia apa yang bermula...

nak cerita panjang lebar ciket nih...
dulu lepas SPM memang tak dapat langsung tempat nak masuk U nie..
hukhuk memang frust sangat sebab kita tak berjaya...
tapikan miera mula dari bawah miera masuk Uyang buat bersekutu dengan kolej..
walaupun kita berlajar menumpang U lain tapi kita masih tetap pelajar U tu tau..
so malas nak cerita panjang lebar pasal diploma sebab dah pernah update sebelum nie..

sekarang nak cerita benda mengembirakan..
so nak dijadikan cerita lepas tamat diploma je terus apply penerapan ijazah..
masa tu dah target nak sambung bidang pendidikan..
jadi course masa diploma memang kena kalau nak teruskan dalam pendidikan..
maka dipendekkan cerita pada 21 DISEMBER 2013
miera telah ditawarkan untuk mengikuti temuduga sebagai pendidik..
masa nie memang tak tahu pun kawan miera,ain yang suruh miera check
sebab kebetulan kami apply course yang sama..

  
maka inilah tawaran yang ditawarkan.

cerita masa temuduga pulak memang menakutkan..
yeke? hehhe kawan miera yang ain dapat temuduga sesi pagi dan miera sesi petang..
secara ringkaslah masa temuduga tue dia akan suruh macam biasalah kalau
nak jadi cikgu seni memang kena melukislah..masa yang diberi masa tu satu jam..
so dia akan setting dekat tengah-tengah dan masa tu korunk kenalah melukis
benda depan mata..masa tu miera tawakal je nak kata hebat melukis dop ehh..
failed...hahhhaa tapi demi keinginan nak sangat masuk bidang nie miera kena buat yang terbaik..
lepas je sesi melukis korunk kena masuk bilik untuk second interview iaitu uji kerabunan mata..
haha alahhh lebih kurang macam check nak memandu tu hikhik...
lepas selesai second interview masa nie lah kena tunggu turn nak masuk untuk ditemuduga..
masa nie macam-macam perasaan ada debar,gusar,takut semualah..
bila tengok calon yang masuk dan keluar dengan muka yang sangat awful memang mendebarkan..
dan masa tu miera dapat macam nak last interview..
dan penemuduga macam dah hilang mood dan cara mereka temuduga so simple
tak macam yang awal-awal tadi..
so memang kejap sangat masa tu rasa macam down..
keluar je dari bilik rasa macam "macam tak layak je aku nie"
masatue memang pasrah sangat...

berbulan-bulan tunggu menanti jawapan memang lambat sangat..
masa tu memang risau...sebab risau interview di reject!
so tunggu dan terus menunggu...
last-last dapat jawapan...check masa penerapan tarikh 31 januari 2014 
takkan aku lupakan..masa nie lah keputusan keluar...
dahlah keluar petang..pukul 5 petang memang tak senang duduk satu hari..
jantung nie dah macam tak bernyawa dah nak tahu keputusan..
kira separuh matilah nie sebab apa takut sangat risau gagal...

jadi bila dah buka je web dan check memang berdebar dan finaly
saya berjaya dan temuduga pun berjaya!!!!
alhamdulilah...syukur sangat masa tu sebab impian nak jadi cikgu hampir nak capai..
kalau dulu masa kecil-kecil berangan je lebih nak jadi cikgu..
kapur dekat sekolah berpapan miera tibai bawa balik rumah sebab nak conteng belakang pintu
konon-kononya papan hitamlah nak jadi cikgu..
yang jadi mangsa sebagai anak murid adalah adik miera hikhik...
so berangan masa kecil kini dewasa miera dapat nak tunaikan..
cuma belum rasmi menjadi cikgu tapi separuh kaki dalam bidang pendidikan dah berjaya..
memang happy..mama dan ayah lagi best..
sebab 3 orang dah anak dia masuk U..
semua nie nak balas jasa mama dan ayah yang dulu kerja siang malam
mesti nak tengok anak berjayakan (sebak pulak rasa)

jadi maka pada hariini 1 MAC 2014
saya mendaftar masuk sebagai pelajar UITM..
masa mula-mula sampai masuk dalam kawasan induk UITM shah alam
memang satu perasaan yang sangat tak dijangkakan..
sebelum nie duk dengar jerkan tak pernah tengok so bila tengok depan mata sendiri memang gayat..
hahaa...so pendaftaran mula pagi daftar terus dapat kunci bilik..
so miera dapat bilik berdua..
and my roomate budak elektrik..dan tua sedikit umur dari miera..
so nak taip panjang-panjang memang tak sempat sebab penat sangat..
nanti ada masa miera story morry kehidupan di sini ye sebagai pelajar universiti..
okeylah dah nak maghrib nak berhenti dan solat dulu...

sempat juga mengedik tangkap gambar dan cuba tengok belakang lawa tak?