kisah aku di tahun akhir UITM

syukur alhamdulilah saat aku menulis blog ini aku adalah merupakan pelajar tahun akhir
bagi pelajar UITM didalam diploma seni halus..
seni halus?
apa itu seni halus?? seni halus atau orang biasa panggil fine arts..
seni halus ini merupakan diploma atau subjek yang berkaitan
dengan melukis.

okay secara jujurnya,aku memang tak tahu apa sebenarnya kos yang aku ambil..
aku terus terima dan pergi dalam erti kata lain "membabi buta"
memang aku menagis dan buntu saat tu..
tak tahu ini sebenarnya yang aku nak atau sekadar suka-suka je..
aku memang tak minat langsung dengan melukis..
sekadar suka-suka je..tapi bila ditawarkan dengan kos ini aku terus pergi..
masa tu aku tak tahu apa dalam fikiran aku..

berkat ingin bangkit dan tak ingin berpaling aku teruskan perjalanan aku..
pernah satu masa,saat aku balik dari kelas selepas dimarahi oleh lecture
aku fikir nak berhenti je..rasa sangat-sangat down...
rasa aku akan kecewakan semua orang kalau aku masih teruskan..
sebab aku tak de minat orang sekeliling aku hebat-hebat..
aku malu dengan diri aku sendiri..
mana aku nak letak muka?
kadang-kadang aku rasa dah membazirkan masa je dalam kos nie..

tapi..
aku tak nak mudah terjatuh..
aku bangkit..
belajar dan terus belajar..
saat aku dijatuhkan oleh mereka yaang pandai aku merangkak perlahan-lahan belajar..
aku pernah diherdik..
diperli..
semua tu buat aku kuat..aku pekakkan telinga aku..
aku kuatkan kata hati yang aku boleh berjaya..
setiap hari bila saar aku pergi ke kelas aku kena kuatkan semangatku..
aku perlu berjaya walaupun ia bukan bidang kehendak aku..

aku hanya percaya pada 1 kata bahawa rezeki
bukan hanya ada pada minat..
kadang-kadang bukan minat pun itulah sebenarnya rezeki kita..
berpegang pada kata-kata itu
akhirnya aku berjaya..
saat ini..
aku tak pernah terfikir mampu mengakhiri kos yang pada mulanya
bukan minat aku..

ini adalah painting yang hampir siap
untuk tahun akhir..


ye,saat ini akhirnya aku mampu menempuh segala dugaan,cabaran..
hari ini aku berada di tahun akhir..
tahun yang pada mulanya aku tak yakin mampu tempuh..
aku berjaya berada di puncak kejayaan semua orang mahu..
sebagai apa yang diamanahkan..
harapan ibu dan ayah..
harapan masa depan ku..
seperti berada didalam mimpi..
kini aku berada di puncaknya..
puncak sebagai salah satu kejayaan dalam hidupku..
puncak dimana aku mampu mengenggam kejayaan seperti mereka yang lain.


ini adalah saatnya..
aku kena akhirinya dengan kejayaan yang mampu membanggakan 
ibu dan ayah serta keluarga..
insyaallah kawan-kawan bulan 10 ini adalah tahun kemuncak akhir pengajian mira..
selama dua tahun setengah..
sekarang mira berada di semester akhir..
doakan semoga mampu berakhir dengan sempurnya..
insyaallah..
terima kasih kepada kawan-kawan seperjuangan yang membantu aku..
menolong aku..
pensyarah yang turut sama membantu..
alhamdulilah...
terima kasih...




dalam proses menyiapkan kerja tahun akhir..




inilah kos tulang belakang nadi kejayaan saya
insyaallah.

3 comments:

  1. seriously,cantik gler lukisan tu.motivasi yg bgus!congrate:-)

    ReplyDelete
  2. Akak nk tnya nie.. Fine art biasanya kita akan blajar sub apa ja slain dripada fine art tuh sndri?

    ReplyDelete

sila lah menjadi pengOmen setia mish....!