:: 5 Syarat Nak Buat Maksiat...^^

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. 


Dia berkata,
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." 



Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, 
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." 



Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. 
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"



Ibrahim bin Adham berkata, 



"Syarat pertama, 
jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." 



Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, 
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? 



"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. 
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"



"Yang kedua," kata Ibrahim, 
"kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! 



Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, 
"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"



"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. 

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. 
Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" 



Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. 

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." 
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, 
"Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"



"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"



"Baiklah, apa syarat yang kelima?" 
Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."



Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, 
"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." 



Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.
"Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak. 





RESTUKAN BULAN BERPESAN"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.

TERIMA KASIH KAK SHIEDA UCU....


uhuk..uhuk..uhuk..(batuk sat) ehem..ehemm..
terima kasih kak shieda ucu ??
siapa tue??
hehe mungkin ada segelintir blogger dah kenal kan?
atau tak kenal lagi?
dan kenapa saya ucapkan terima kasih kepada beliau?

sebenarnya begini bermula ceritanya..
saya dulu ada masalah sedikit dengan blog nie..
design kelam kabut walaupun ramai cakap blog okey..
bagi saya ia tak okey !
hehe..
disebabkan malas nak hias dan ikut tutorial nak hias blog..
jadi saya telah menggunakan khidmat kak shieda ucu 
untuk design semula blog saya..
mana nak dapat kak shieda ucu nie?
okey kalau ada di antara blogger yang nak sanggat hantar design
blog anda supaya dihias cantik
okey anda tekan dekat link bawah nie okay..

Nak Tempah edit blog Comel + kemas + ganas Rm 40 Kebawah Tekan Sini Tau..ツ




amacam nak cuba tak?
murah tak?
hehe itu anda kena bincang dengan beliau..
okey..
apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab
dah membantu saya untuk menghias blog saya ini..
alhamdulilah..





RESTU BULAN *IKHLAS NAK UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA 
BLOGGER YANG DAH FOLLOW SAYA..
DAN SUKAKAN BLOG SAYA..ALHAMDULILAH TERIMA KASIH
SAHABAT*....

Ciri Wanita Muslimah Ahli Surga..

Tentunya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Surga. Pada hakikatnya wanita ahli Surga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :


1. Bertakwa.



2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.



3. Bersaksi bahwa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu.



4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.



5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap adzab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.



6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berdzikir mengingat Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata.



7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.



8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap hewan ternak yang dia miliki.



9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang mendhaliminya.



10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.



11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.



12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).



13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.



14. Berbakti kepada kedua orang tua.



15. Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.



Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Surga yang kami sadur dari kitab Majmu’ Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. 
Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Surga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. 
Allah Ta’ala berfirman : 
“ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. An Nisa’ : 13)



Wallahu A’lam Bis Shawab.




RESTU BULAN NAK PESAN* Kalau rajin..Tolong sebarkan perkara ini kepada saudara Muslim yang lain. Sabda Rasulullah SAW siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada....^_~

:: Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??...^^

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya. 


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.





RESTU BULAN NAK PESAN "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.

Jagalah LISAN Mu Duhai Wanita!!!


Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. 


Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:
‘Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita. Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka’.

Seorang wanita lalu bangun bertanya, 
‘Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ 

Rasulullah SAW menjawab, 
‘Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah.

2. Kamu kufurkan kebaikan suami.’

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar.

2. Banyak bersedekah.

Keterangan:

Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1

Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata:
‘Driver bas ni dah mampus agaknya.’ 
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2

Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata:- 
‘****** punya gas.' Masa ni jugak nak habis.’ 
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami’
Rasulullah SAW berkata:
’Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata,
’Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak’ (Terjemahan langsung dari Arab).

Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:

‘Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat? Tak guna sesen pun’

Rasulullah SAW sambung lagi:
’Mana-mana isteri yang berkata, ‘Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak’, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’ 

Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi..

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : ‘Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 tak sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)..’
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 tak sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : 
‘Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita’

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik. 
Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau.
Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, ‘Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya’.

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda: 
‘Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.’

Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :
‘Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.’

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang..

***RESTU BULAN NAK PESAN SEDIKIT‘SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW

MUSLIMAH !!! AWAS !!!!!! 13 AURAT MU YG WAJIB DI JAGA....


Untuk dikongsi bersama..... .......


1. Bulu kening - 
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - 
Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian - 
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - 
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - 
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - 
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - 
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - 
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - 
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - 
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - 
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - 
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - 
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan perkara ini kepada saudara Muslim yang lain. Sabda Rasulullah SAW siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada....^_~

segmen : mari tambah kenalan blogger by mr k..

boleh klik pada gambar ini


hai ukhti semua. hari ini saja beranikan diri untuk mengikuti segmen ini.
nak tahu segmen apa?
segmen: mari tambah kenalan blogger by mr k.
siapa mr k nie?
okey kalau anda berminat untuk menambah follwer blog anda
dan juga berminat nak join segmen ini anda boleh lah klik
link ini.
okay nanti di sana anda baca segala arahan yang telah
di berikan oleh penulis blogger tersebut okay.


tarikh bermula segmen ini ialah pada 01.06.2013 sehingga 30.06.2013
lama bukan?
sebulan ? dalam masa sebulan macam-macam boleh terjadi..
bagi saya yang agak baru dalam dunia blogger ini
jumlah follower blog saya buat masa sekarang ini
adalah seramai 141 ahli blogger.
jadi sebab itulah
saya rasa ingin mencuba mengikuti segmen ini
manalah tahukan dapat tambah ukhti lagi.
insyaALAH..
lagipun niat penulis blogger buat segmen ini adalah untuk mengeratkan
silahturahim sesama blogger baru dan lama..
okay bukan?
jadi jom sama-sama kita join !
ayuh!

maniskan ukhwah bila bersahabat semuanya kerana ALLAH.
hati saling terpaut antara satu sama lain bukan?
salam perkenalan semua..

NIKMAT CINTAKAN ALLAH ..



Penerapan fahaman yang menganggap semua agama itu sama perlu ditolak. Iman adalah perkara terpenting kerana ia membezakan antara orang mukmin dan kafir. 
Dengan memiliki keimanan, umat Islam mempercayai dan mempunyai rasa cinta terhadap Allah dan rasul-Nya melebihi segala-galanya.

Bertuah sesiapa yang berjaya mendapat nikmat cinta sejati itu. Mereka bukan saja merasai manisnya iman, tetapi tergolong di kalangan umat Muhammad s.a.w yang akan memperoleh syafaatnya di hari akhirat.
Kemanisan iman hanya boleh dicapai jika berusaha mendapatkannya. Namun, sukar memperolehnya jika jiwa masih dikotori perasaan cintakan dunia, pelaku maksiat tegar serta mereka yang hitam dan mati hatinya.

Akidah juga pastinya tercalar dan rosak akibat perbuatan, pertuturan dan kepercayaan yang bertentangan dengan prinsip keimanan dalam Islam.

Firman Allah SWT di dalam surah As-Syura ayat 52 bermaksud: “Dan demikianlah Kami wahyukan kepada engkau suatu roh (al-Quran yang menghidupkan hati) 
daripada perintah Kami. Engkau belum tahu, apakah kitab dan apakah iman? Tapi Kami jadikan ia (al-Quran) menjadi nur (cahaya penerangan), Kami tunjuki dengannya, siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Sesungguhnya engkau menunjuki ke jalan yang lurus.” 

Tidak semua Muslim dapat merasainya. Tingkatan iman dan kemanisan iman yang dinikmati seseorang Muslim bergantung kepada beberapa prinsip iaitu kasih kepada Allah dan rasul-Nya mengatasi segala-galanya, kasih kepada manusia dengan tujuan menuntut keredaan Allah dan membenci kepada kekufuran.

Bagaimanapun, kunci utama menuju jalan Allah ialah apabila seorang hamba menjaga ibadah wajibnya. Golongan yang lalai dengan tanggungjawabnya termasuk dalam kalangan orang yang derhaka dan fasik. 

Apabila berada pada tahap iman yang kukuh, seseorang akan merasai kemanisan iman. Ketika itu, imannya sukar digugat sesiapa. 

Tiada seorang manusia pun di dunia ini memiliki segala-galanya. Apa saja nikmat sama ada kesenangan atau kesukaran jika tersemat iman di dada, seseorang akan meletak setiap perkara secara seimbang.

Mereka sentiasa menjadi golongan yang bersyukur, sabar, qanaah, reda, berlapang dada dan sentiasa bertawakal dalam setiap nikmat dan dugaan yang ditimpa kepadanya.

Bayangkan, golongan kaya yang sentiasa tidak merasa cukup, bersifat bakhil dan mementingkan diri sendiri apa sumbangan yang dapat mereka lakukan untuk mendapatkan keredaan Allah? 

Begitu juga dengan golongan berilmu pula bersikap meninggi diri sehingga merendahkan pandangan orang lain. 

Kemanisan iman yang dirasai membuatkan hidup seseorang sentiasa bahagia. Mereka yakin apa yang ditakdirkan Allah semuanya ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya. 

Keyakinan itu merubah segala yang buruk menjadi kebaikan, kekurangan sebagai kelebihan. Justeru, pemburuan untuk hidup, mati dan akhirnya memasuki syurga Allah dalam keadaan beriman pada hari akhirat kelak perlu diusahakan dan dicapai sepanjang hidup. 

Pensyarah Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Mohd Shahrizal Nasir berkata, setiap Muslim perlu memastikan diri mereka bukan saja bergelar Muslim malah memiliki keimanan teguh kepada Allah dan rasul-Nya.

“Terdapat rukun iman yang wajib kita percaya dengan kepercayaan qat’i (putus), tanpa sebarang syak dan ragu. Kebanyakan kandungan rukun iman adalah perkara ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. 

“Ia menjadi perkara asas dalam menguji tahap keimanan seseorang Muslim. Bagi mereka yang mempercayai dan mengimani semua rukun iman itu dengan yakin, iman mereka sentiasa utuh, meskipun cabaran terhadap akidah silih berganti,” katanya.

Dalam al-Quran dan hadis terdapat banyak ayat yang menjelaskan perihal orang beriman. 

“Antaranya, firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan, mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta).” (Surah al-Mukminun, ayat 1-5). 

“Dalam surah al-Mukminun, Allah SWT secara jelas menyatakan ciri-ciri orang yang beriman menurut kehendak-Nya. Manakala dalam hadis, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, maka hendaklah dia berkata perkara yang baik atau diam. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

“Dari ayat al-Quran dan hadis ini, jelas Allah SWT menjelaskan ciri yang perlu ada bagi melayakkan seseorang Muslim bergelar Mukmin. Iman seseorang manusia sentiasa dalam keadaan meningkat dan menurun. 

“Justeru, perkara yang dijelaskan Allah berkaitan perbuatan atau amalan orang beriman perlu sentiasa dipraktikkan dalam kehidupan bagi memastikan iman terus meningkat,” katanya. 

Beliau berkata, umat Islam wajib menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang boleh merosak serta memusnahkan iman.

“Yang terbesar sekali ialah dosa syirik kepada Allah. Apabila terjebak dalam jenayah ini, hilanglah iman dan lenyaplah semua amalan yang diusahakan. 

Firman Allah yang bermaksud: “Dan kalau mereka menyekutukan Allah (syirik) dengan sesuatu yang lain, nescaya gugurlah daripada mereka, apa yang mereka lakukan (daripada amalan yang baik).” (Surah al-An’am, ayat 88).

“Timbul persoalan bagaimana bagi mendapatkan kemanisan iman. Ia dapat dirasai sekiranya kita sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan ciri orang yang digelar Mukminun (orang yang beriman), menjauhi sifat Musyrikun (orang yang syirik kepada Allah).

“Terdapat hadis Rasulullah yang menjelaskan mengenai ‘halawatul iman’ ini. 
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang (maka dengan perkara itulah) dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain daripada keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya), sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

“Menerusi hadis ini, terdapat tiga perkara yang apabila ia diusahakan betul dan ikhlas, individu itu akan merasai kemanisan iman. 

“Jika diperhatikan, semuanya berkaitan dengan keimanan kita kepada Allah SWT dan rasul-Nya. Jelas, keimanan kepada keduanya menjadi tunjang utama bagi mendapatkan kemanisan iman,” katanya. 

Sekiranya dalam diri seseorang Muslim masih ada yang lebih utama selain Allah SWT dan rasul tidak mungkin mereka dapat merasai kemanisan iman.

“Allah menjelaskan sekiranya kita cintakan Allah, ikutlah semua perkara yang dibawa Rasulullah. Ikutlah sunnah Baginda dalam setiap aspek kehidupan. 

Firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 31).

“Apa saja yang kita lakukan mesti selari dengan tuntutan Allah dan rasul. Ia perkara asas yang perlu difahami,” katanya.

Menurutnya, Islam menerima dan mengiktiraf perbuatan baik yang dilakukan umatnya selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip yang digariskan. 

“Amal kebaikan itu pula tidak akan jadi sia-sia sebaliknya diberi ganjaran. 
Setiap keberkatan dan nikmat yang diterima daripada Allah SWT, menjadikan kita terus mengingati-Nya pada setiap masa.

“Itulah tanda kita sedang merasai nikmat kemanisan iman. Ketenangan dalam hidup yang kita rasai hasil daripada mengingati Allah juga antara tanda kita sedang merasai nikmat iman.

“Mana mungkin nikmat turut dirasai mereka yang kufur terhadap-Nya,” katanya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (mengingat Allah). Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d, ayat 28).