berkawan biarlah untuk selamanya...

 hai....
nak update agy nie,..
kali ini pasal SAHABAT...
berkawan biarlah untuk selamanya..
kalau kita berkawan insyaallah segalanya akan dapat dibantu oleh SAHABAT kita..

okey nak stOry ciket la..
mira dengan kawan-kawan mira nie dah berkawan sejak sekolah agy..
kami mula berkawan waktu mira form 4..
masa tue mira baru je masuk sekolah nie..
maka dengan itu kami berkenalan..
dan persahabatan itu kekal sehingga ke hari nie..

terlalu banyak yang telah kami kongsikan bersama..
anataranya suka duka..
bergaduh?
tipulah kami tidak pernah bermasam muka..
tapi kami mengambil jalan dengan berbincang dari hati ke hati..
dengan ada nya sahabat mira jadi senang nak kongsikan apa jua masaalah..
tak kira walau sebesar mana pun masaalah itu..
SAHABAT lah yang banyak membantu..

okey dengan itu mira nak kongsi sedikit kenagan..
waktu nie kami berempat keluar bersama-sama
setelah sekian lama tak kuar bersama..
almaklumlah..
masing-masing dah bawa haluan masing-masing..
sibuk dengan macam-macam perkara..
tapi nilai PERSAHABATAN itu tidak kami lupakan...

Smile & enjoy life. ☺ friend will be never end :)
                                           
SMILE, It will make you look better. PRAY, it will keep you strong. LOVE, it will make you enjoy life.
                                         
credit too nana yg edit semua pic kami...
                                             

farhana & biela....:)
                                               

me & mieda gedik face..:)
                                                 

mieda & biela...innoncent face....
farhana husna....

nabila huda....

mish miera zainuddin

mieda cyunk kamoo

It's funny how a person who was once just a stranger, suddenly means the world to you

No matter where life takes you. Always pack a positive attitude

One smile, can start a friendship. One word, can end a fight. One look, can save a relationship. One person can change your life.

My life isn't perfect but I'm thankful for everything I have.

It's the journey, not the destination, that makes life great.... if u want
                                              ask me anything..:) just ask at http://ask.fm/mirafarez

6 tip untuk tampil lebih yakin !

tahukah kamu dengan adanya keyakinan diri, ia dapat membantu menjadikan hidup kamu
lebih bahagia dan berjaya..?
keyakinan diri boleh terbentuk sama ada ketika kamu
berdepan dengan sesuatu yang memerlukan kamu untuk membuat
keputusan besar ataupun bagaimana kamu menyesuaikan diri
dengan suasana baru serta bagaimana cara kamu
menentang pengaruh buruk daripada rakan sebaya..

jom ikuti tip untuk membina keyakinan diri !

  • TARIK NAFAS DAN JANGAN TERBURU-BURU
*berfikiran santai dan tidak strees kepada sesuatu perkara akan
membuka minda kamu berfikir secara meluas.
ia juga membantu kamu dalam memberi idea yang lebih menarik tentang
sesuatu perkara apabila kamu berfikir secara tidak terburu-buru..

  • KENAL PASTI KEKUATAN KAMU
*jika kamu merasakan kamu langsung tiada kemahiran atau kekuatan,kamu
boleh mencuba untuk menyenaraikan apa yang kamu suka lakukan..
dan menjadikan sebagai kekuatan dalam diri kamu.

  • SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF
*semua orang di dunia tidak sempurna dan mempunyai kekurangan masing-masing..
kamu tidak perlu merasa rendah diri dengan kekurangan kamu.
kadangkala kamu merasakan tubuh badan kamu tidak menarik..
tetapi haruslah diingatkan masih ade orang lain yang mempunyai bentuk tubuh badan
yang lagi tidak menarik dari kamu..
jadi jangan takut untuk merasakan diri kamu tidak cantik dan tampil lebih yakin ya !

  • JANGAN LETAKKAN HAD PADA DIRI
*satu sebab utama kamu yang menyebabkan kamu tiada keyakinan diri
ialah dengan meletakakn had kepada diri kamu sendiri.
contohnya, jika kamu tidak dapat markah tertinggi di dalam kelas
jangan fikirkan had kamu hanya setakat itu sahaja.
kamu haruslah berusaha..kerana usaha itu tangga kejayaan.

  • RAIKAN KEJAYAAN KAMU WALAUPUN KECIL
*meraikan kejayaan kamu bersama-sama dengan keluarga atau sahabat handai
boleh mendorong kamu untuk menjadi lebih berjaya.
walaupun kejayaan kamu hanya lah lulus ujian memandu ataupun
berjaya memberi ucapan di atas pentas itu juga merupakan kejayaan
buat diri kamu..
tidak salah untuk kamu meraikannya kerana itu membantu kamu menjadi manusia
yang lebih yakin.

  • HARGAI DIRI KAMU SETIAP HARI.
*fikirkan yang terbaik buat diri kamu yang kamu buat setiap hari
anataranya bangun awal pagi senyum kepada orang yang tidak
dikenal,menelefon atau bertanya khabar..
ini akan membuatkan kamu melangkah dengan lebih yakin dengan memikirkan
tentang perkara baik yang telah kamu lakukan..

itu sahaja 6 tip yang dapat sy kongsikan..segala ape yang dirasa terkurang
mohon maaf sebab mira hanya menyatakan dari hari dan apa yang mira tahu
melaluai buku-buku motivasi sahaja..
mira mengolahnya mengikut pandangan mira dan juga kebenaran..
yang baik itu datangnya dari ALLAH..
yang terkurang itu datangnya dari saya..

*kalo ade sebarang pertanyaan boleh lah cari mira di http://ask.fm/mirafarez..untuk
apa jua pertanyaan..insyaallah..



usaha keras yang membuahkan hasil....

salam...
hari ini tergerak hati mahu kongsikan sesuatu yang agak menarik...
usaha keras membuahkan hasil...
percaya tak dengan semangat tue..

kata orang dulu2 kalo kita berusaha keras..
kita berusaha dengan bersungguh-sungguh..
kita akan dapat sesuatu yang membuahkan hasilnya...
sesuatu yang kita tak akan terfikir mampu mencapainya..

itulah namanya kalo kita berusaha...
walau semampu mana pun kita hasil yang kita perolehi adalah lebih dari apa yang kita bayangkan...
indah bukan kemanisan kejayaan itu...
mira pun percaya kadang2 mira takut terlalu yakin sangat...
tapi sedikit sebanyak mira berusaha juga..
bagi mira kalo mira inginkan sesuatu..
mira akan cube dapatkan walaumacamana susahnya untuk mendapatnya..

sebab keyakinan mira tinggi..
tapi hanya disimpan didalam hati..
sikap keyakinan yang ade dalam diri mira,mira jarang tunjukkan atau pemerkan..
tako nanti orang salah menilai..
mereka akan kata mira cube nak menunjuk-nunjuk...
tak baik bukan sikap itu..
walau apa pun tahap confident kita jangan lah kita memperkecilkan
insan yang lemah...

sebaiknya dengan apa yang kita ada akan kelebihan kita..
kita kongsi la bersama mereka yang memerlukan..
jangan jadi sombong bodoh..
nanty kelak ia memakan diri kita sendiri...
  

debaran seorang pelajar...

salam...
apa khabar? lama sudah mira tak update blog nie..
ini lah padah nya bile hobi sering kali
berubah-rubah mengikut nafsu...
maaf...

hurm malam nie tbe2 terajin pulak jari nie nak menaip panjang...
debaran seorang pelajar?
ape tOo..
macam biase lah sebagai seorang pelajar kita akan melaluai
satu UJIAN...
bukan ujian hidup..
tapi ujian yang di panggil EXAMINATION...

semua yang pernah bergelar seorang pelajar mesti akan melaluai UJIAN nie bukan...
begitulah juga mira...
ujian yang berlaku pada diri kita adalah ujian
untuk menguji sejauh mana tahap kemampuan kita..

macam mira walau pun dah melaluai UPSR,PMR,SPM...
dan sekarang belajar di UNIVERSITI...
ade juga ujian nyer..
tapi debaran yang paling menakutkan adalah menanti sebuah KEPUTUSAN...

sering dalam dilema bukan bile keputusan nak keluar?
maka bermula lah dari saat itu..
tdow mula dah tak lena...
fikiran hanya fikirkan sesuatu..
serangan berdebar semakin mendupdapdupdap...
selera makan pulak?
jangan cakap mula berlakunya proses diet secara tak rasmi nyer..
walau apa pun yang berlaku..

kita kena juga menerima keputusan itu dengan hati yang terbuaka..
kerana ia adalah hasil titik peluh..
usaha kita selama ini...
dan keputusan itulah mampu membuat kita
berfikir kearah yang lebih positif...
insyaALLAH...
                                                                                                                                                                    

assalamualaikum...

maaf sebab lama sangat tak update blog..
yang rajin BW dekat blog saya nie mesti boring kan?
sebab tak de yang menarik...
kadang2 ade juga terajin tangan mahu menaip blog..
tapi kering idea disebabkan assigment yang mula menghantuai hari2 saya...
hehe...

sebelum terlambat mira mahu mengucapkan salam ramadhan kepada kamoo semua....
di harapkan ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terbaik yang pernah
kita laksanakan...
bulan ramadhan jugalah adalah bulan yang sangat mulia..
dimana di bulan ini adalah segalanya masa
bagi kita mendapatkan pahala dan sekaligus mendekatkan diri kepada ALLAH...

antara banyak-banyak perkara dan hari yang paling kita tunggu2kan adalah bulan ramadhan..
kerana bulan ramdhan hanya datang setahun sekali saja.
beruntung juga ramdhan tahun ini sebab saya sekali lagi merasai berpuasa
bersama teman2..
dan jauh dari sisi keluarga...

ingat lagi saya sewaktu sem 1 kali pertama rasa berjauhan dengan family di bulan ramadhan..
hampir seminggu juga saya menangis...
sebab tak pernah biasa berjauhan dengan family...
kali ini saya merasa lagi dan saya seolah2 sudah terbiasa...
dan kadang kala timbul juga rasa rindu terhadap keluarga...
heeee...
apa2 pun selamat berpuase semua di harapkan bulan ramdhan ini mendatangkan
seribu kemanisan kepada anda semua..
wallahualam...



assalamualaikum....maaf sangat2 sebab jarang sangat update blog..
mira betul2 tak ade masa nak berblogging..
so bile ade mase yang terluang nie..
rajin pulak lah jari nie nak menaip..

mira ada sesuatu yang nak dikongsikan..
mira harap apa yang mira tulis nie tak mendatangkan syak wasangka yang bukan2...
niat mira bukan lah nak memburukkan sesiapa...
apa yang mira luahkan ini adalah sebagai salah satu cara
untuk mira melepaskan segala beban yang ade dalam diri nie..

pernah tak anda rasa ditindas oleh kawan sendiri?
pernahkah anda dijatuhkan oleh kawan sendiri?
dipulaukan?
dimalukan? atau disalahkan?
mesti pernahkan??
kalau tanya dekat mira mestilah pernah..
mira pernah laluai semua tue..
teruk tak teruk itu belakang kira..

masih mira ingat lagi waktu zaman sekolah...
salah faham sikit2 tue memang ada sangat..
mira pernah di tindas,dimalukan masa sekolah dulu..
teruk ke yang mira kena?
huhu ALLAH saja yang tahu kawan yang kita panggil kawan
dalang segala2nya...

tapi mira tak rasa semua itu adalah salah satu sebab mira tidak berjaya...
oleh disebabkan perkara itulah mira bangkit dari kegagalan..
mira buktikan pada mereka yang mira boleh bangun sendiri..
walaupun tanpa kawan yang menemani..
memang sakit rasanya saat kita dijatuhkan oleh kawan sendiri..

akhirnya, bukan nak membangga pada diri sendiri tapi inilah berkat KESABARAN..
apa yang mira dapat hari ini adalah dari kejatuhan yang dahulu..
benarlah kata orang KEJAYAAN bermula dari KEGAGALAN..
dan KEBANGKITAN bermula dari KEJATUHAN...
paling tidak pun mira akan cube cari ALLAH untuk meluahkan segala2nya..
mohon pada NYA semoga ape yang terjadi pada mira
tidak akan terjadi pada orang lain..

cukup lah bagi mira merasai semua itu...
sekarang nie zaman kolej..
lagi macam2 dugaan yang mira terima..
tapi kenangan lalu banyak mengajar mira supaya banyak bersabar dan mendiamkan diri..
buat pekak telinga saja..
mereka ada mulut jadi mereka ada hak untuk bersuara...

jadi kesimpulannya adalah kita boleh berkawan...
tapi kena bijak berfikir
antara KAWAN dan LAWAN...
mudah mudahan hati kita sentiasa dihindari dengan hasad dengki...
wallahualam...

kawan adalah segalanya....

khamis...
14/6/2012


assalamualaikum...
lama sangat tak update entry..
sibuk ke kelas..
hari nie tibe2 pulak rajin mengupdate blog..
nanti tak best pulak kamoO semua nak blOgwalking..
sO bila aDa masa yang terluang nie gatai pulak lah tangan nak update entry..

semua orang mesti ada kawan kan..?
dari tadika ke sekolah rendah ke sekolah menengah
atau dekat mana2 jer lah..
mesti semua ada kawan kan..
kawan baik?
kawan rapat?
macam2 lah lagi...

mira nak ceritalah sedikit pasal kawan mira dekat kolej..
walaupun dalam dorm hanya mira sorang saje
course lain yang kawan2 mira semua course yang sama...
so tak de masalah bagi mira nak berkawan..
kawan tak mengenal sesiapa bukan..?
hikhok..



kawan2 mira yang ade dalam gambar tue semua dari negeri lain2..
ade dari kelantan,penang,kl banyak lah lagi..
best tau bile kita ada kawan yang datang dari negeri lain..
macam2 boleh belajar...
bila bersama dengan kawan macam2 boleh kita kongsikan..
kawan adalah sahabat yang paling dekat dengan kita..
mereka peneman bila kita memerlukan...


kawan adalah segala2nya..
bila bersama dengan kawan2 kita akan dapat macam2 kenangan..
mesti korunk pernah ade kenangan dengan kawan2 korunk...
alah biase lah tue..
tambah2 kita yang perempuan nie..
kadang2 bergdoh..
kadang2 ter masam muka..
kadang2 tersalah sangka..
kadang2 tersalah faham...
semua tue perkara biase bukan bile berkawan..
tapi kita kenalah pandai kawal emosi kita..
pandai jaga tingkah dan bicara bile bercakap dengan kawan2...

jenis mira bila dengan kawan2 jenis yang outspoken..
kadang2 mira ade jugak terlepas cakap..
terkasar bahasa dengan kawan2..
hihihi...


fuhhh! panjang berjelar dah ayat..
dah mula lah nak merepek..
gushhh..
sebenarnya terus terang cakap mira langsung tak de idea..
nie pon main bantai jer taip..
alah macam buat karangan..
hehe..
mira harap kamOo semua seronok lah membaca..
kalo tak best alah sorie yer..
nah mira bagi nasi lemak..
hikhok..






lama tak berblog.....!



assalamualaikum...
fuhhh ! lama sangat dah tak update blog...
sibuk sgt2...
sibuk dengan apa pun tak tahu lah...
macam biase lah bile dah sampai dekat hostel bila dah dekat 2 bulan tak jumpa kawan2
mesti banyak cerita...
so bila dah jumpe asyik berborak jer sampai lupe semuanya..
macam2 cerita keluar..
cerita itu lah cerita nie lah...

sampai terabai blog nie...
tak sampai hati sebenarnya nak tinggalkan lama2 blog nie sebab takut nanti
bile dah lama tak aktif blog nie dah tak laku..
kamOo semua yang suke sangat blogwalking dekat blog mira mesti rasa
tak best kan sebab tak ada entry baru...
maaf lah yer..
ade jugak yang anta mesej cakap bila nak tulis entry baru..

terus terang cakap ade kekurangan idea ciket...
sebab bile kita nak tulis sesuatu yang menarik mestilah idea sendiri bukan..
jadi terfikir jugak tapi idea macam tak nak keluar jer..
tapi jangan risau mira akan
tulis sesuatu yang menarik bila idea tue dah betul2
keluar..
hehe







episod pertama.....musim baru...

banyak nyer nak pindah ker..?
khamis....7/6/2012....
assalamualaikum....
haishh musim baru !..tajuk macam sinetron jer kan..hahah
musim baru..?
musim ape...
sabar nak story lah nie...
musim kembali ke kolej...
yela lah dah dekat 2 bulan uitm bagi cuti so sekarang nie
kena lah buang rasa malas
dan kembali menuntut ilmu...

sebenarnya gambar tue gambar mira siap packing stuff semua barang..
banyak tak?
ade tak macam nak pindah jer...
hehe

macam biase lah bile daftar ayah ngn mama akan hantar..
lepas tue balik lah sendiri naik bas..
bile semester break baru lah ayah and mama jemput semula..
almaklumlah..
barang sebelom mira bawa banyak macam tue mana larat nak bawa naik bas..
hehe

kadang2 mama bising jugak yelah sebab bawa banyak sangat baju..
mira bawa jer pakai nyer tak...
kadang ikut mood jugak kalau nak pakai...

fuhh penat kemas tue kemas nie...
bawa yang itu..
bawa yang ini..
tapi satu yang harus mira tinggalkan adalah
bilik tidur nie...
kalau kamoOo mahu tahu mira jenis yang suke memerap dalam bilik..
jarang tau mira duduk lepak2 tgok tv dengan family..
tak tahu lah mira mmg jenis suka memerap kot..
tapi bukan ketegori malas..

esok (8/6/2012) mira akan daftar untuk semester 3...
so mira tinggal baki lagi 2 jer semester
untuk menggenggam segulung diploma..
insyaALLAH..
doa2 kan lah yer..

okey cukup babak 1 hari nie..
esOk kalo rajin mira akan updatekan babk 2
dan seterusnya...

:face44:

bersyukur dengan apa yang ada pada hari ini...


assalamualaikum... lama sangat dah tak update entry... sibuk jer manjang... sibuk ape pun mira tak tahu... huhu tambah2 lagi berapa hari dah nak balik kolej.. so tak tahu lah.. mungkin akan beranak-pinak kot habuk dekat blog mira nie.. walau apa pun haishh jangan merungut... bersyukurlah dengan apa yang kita ada pada hari ini... mulai saat ini... bersyukurlah kita kerana masih dapat melihat wajah ibu bapa, anak, keluarga tatkala bangun di pagi hari.. bersyukurlah kita kerana masih mampu mandakap dan memberi kucupan mesra kepada insan yang terlalu istimewa dalam hidup kita ini... bersyukurlah kita kerana masih mampu mendengar suara tangisan dan gelak ketawa ahli keluarga kita dan rakan taulan... bersyukurlah kita kerana masih mempunyai tenaga,keupayaan dan kesihatan yang baik untuk terus berusaha mempertingkatkan kualiti hidup diri dan keluarga... bersyukurlah kita kerana masih mempunyai pacaindera dan anggota badan yang cukup lengkap untuk kita terus hidup dengan penuh kesejahteraan... nikmatilah segala pemberian tuhan di bumi -NYA yang luas terbentang.... bersyukurlah kita kerana masih mempunyai perkerjaan dan pendapatan yang baik untuk terus menyara.. bersyukurlah kita juga kerana masih hidup di bumi malaysia yang bertuah ini jauh daripada bencana alam yang dahsyat dan mengerikan.. bersyukurlah kita kerana masih dipanjangkan umur untuk terus hidup... membuat kebaikan, beribadah dan bertakwa kepada tuhan YANG MAHA BERKUASA...

oh my english !





assalamualaikum...
hurmm tegok tajuk mesti kamoO semua tahu kan pasal oh my english !
seronok jUgak sebenarnya belajar bahasa english dengan santai..
ada juga di kalangan kita yang tahu bahasa english
tapi tak tahu maknanya?
tak tahu menyebutnya?
tak menyedari sebenarnya salah bahasa tue?

kadang-kadang kita rasa kita betul sebenarnya salah..
biasa lah tue..
mira pun sama jer...
hikhok..
sebab tue lah mira belajar..
best tau kalo kite tgok web oh my english nie..
santai..
siap ade game agy..hhehe mcm budak tadika pulak..
aihh..
tak kesah lah macam mana pun.. janji kamoo paham

kAlau mahu join macam mira join
okey korunk klik jer
! SINI !

amacam seronok tak?
hehe








apam pokoldot colourful.....



assalamualaikum...
update entry lagi..hahha terliur tak bile tgok gambar dekat atas,..
nyum ! nyum ! nyum ! bukan..
kalo tegok macam susah jer kan nak buat..?

sebenarnya tak susah mana pun...
senang jer kalo ikut peraturan resepi heehe...
mahu mencuba buat?
jom2...
mira kongsikan resepi...
ambik pen dan kertas salin resepi nie..
lepas tue study betul2..

bahan2 semua ade..ape lagi mai lah kita buat..

bahan-bahan:
  • 2 3/4 cawan tepung(kalau boleh guna jenama tepung rose)
  • 1 1/2 cawan gula kasrtor
  • 1 1/2 tin susu cair (150ml)
  • 3 sudu baking powder
  • 3 biji telur dari peti ais
  • 1 sudu kecil ovalet
  • satu sudu teh essen vanilla
cara-caranya:

  1. telur dan gula dipukul sehingga kembang
  2. kemudian masukan tepung secara bergilir-gilir dengan susu cair tadi
  3. masukan susu cair dan putar sehingga kembang...
  4. masukkan ovalet,baking powder dan essen vanila
  5. setelah kembang dan di kacau rata bahagikan kepada 3 bahagian..
  6. setiap satu bahagia satu warna..so korunk boleh letak warna
    apa sahaja yang kamu suka..
  7. masukkan dalam plastik beg atau piping beg dan ikat ketat
  8. akhir sekali masuk dalam acuan..dan kukus selama 10 atau 15 minit..

tips:
*untuk mendapatkan bentuk yang cantik guna kan lah cawan yang
digunakan membuat kuih lompang...
*plastik beg yang di maksudkan adalah plastik yang selalu orang guna
bungkus lauk tue...
*boleh kukus dalam masa hanya 5 minit saja...

okey ! kalo ade keraguan jangan risau anda lihat jer video ini
klik jer kat ! sini !
selamat memcuba....:)

KAWAN.....


assalamualaikum.....
lama sy tak update entry baru mesti yang selalu skodeng blog mira tertunggu2 bukan..?
maaf lah mira sibuk sikit jadi tak de masa sepenuhnaya nak update...
tambah2 cuti bakal berakhir tak tahu lah lepas nie
bila assigment dah datang class pun dah mula pasti tak akan ade masa...
tapi walau macam mana pun mira akan cube jugak cari masa...
soO kOrunk jgn lah risau...

okey ! banyak sangat cakap bosan pulak ye yg nak membaca heheh...
semua orang mesti ada kawan kan?
ramai tak kawan2 kamoo..?
mira kawan paling ramai pun dekat facebOok...
tue pun sebab kawan dunia internet...
kawan realiti banyak lah jugak..
dari sekolah sampailah ke universiti
kita mesti kenal banyak orang dan orang disekeliling kita adalah kawan kita...

mulai saat ini...
berkawan dan bergaullah dengan sesiapa saja kerana....
tidak ada darjat dan pangkat yang boleh memisahkan kita...

setia kawan tidak mengenal rupa...
asalkan hubungan dijaga sentiasa....

tapi berhati-hatilah memilih kawan...
kerana ada kawan yang 'makan' kawan...

adat hidup,begitulah kiranya...
sentiasa ingin dipuji dan dikenali dari hujung rambut hingga sampai hujung kaki..

apa pun pujian adalah sikap terpuji...
yang sentiasa dinanti kerana itulah doa yang lahir dari bibir dan hati...

oleh itu, biarlah kita ikhlas dan jujur...
ketika memuji...moga-moga bahagia rakan dan keluarga yang kita kasihi.


junior blog vs senior blog....

assalamualaikum....
alhamdulilah sejak mira berjaya buat blog nie bila show jer dekat kwn2
dan kawan2 dekat fb...
ramai yang hantar mcj dekat chat camna nak buat macam tue?
macam mana nak buat macam nie?
bila mira balas mereka tak faham pulak...so macam mana mira mahu tolong yer...

mira kalau boleh tak nak lah buat tutorial bukan ape nanti ade yang masih
tidak faham bila mahu tanya mesti kamOo commentkan tanya...
mira takut bile dah sibuk dengan class dan assigment
nanti tak dapat nak jawab dan tolong...
kamoO mesti hampa nanti...

jadi disebabkan itulah mira tak berani nak buat...
tapi mira sedikit pun tak kedekut ilmu...
mana yang mira tahu mira akan tolong suggest any tutorial...
x elok kan kedekut bila dah berjaya..?

pada yang baru dalam dunia blog jangan risau...
mira akan bagi beberapa suggestion tutorial yang berjaya...
jadi kamOo semua ikut jer arahan meraka dekat sana yer...

:m:mahu tutorial sepenuhnya dari A to Z klik sini !

:m:mahu yang simple tapi mudah faham klik sini !

:9:mahu lagi..? adehhh boleh usha dekat sini okey
klik sini !


selamat memcuba..!

:face28:


setiap hari perlu ade sedikit perubahan....



assalamualaikum.....
mira update entry lagi..kali nie mira mahu kongsikan sesuatu...
mahu tahu ape?
jemput baca sampai habis motivasi merapu mira nie..heheh

peluang..? sentiasa terbuka untuk kita semua. ia pilihan yang sentiasa terletak
di tangan kita sendiri...bukan orang lain.
pilihlah yang terbaik...

perubahan..? ke arah kehidupan yang lebih baik bukanlah sesuatu yang mustahil..
mulalah dengan kemahuan dan tingkatkan usaha....
kita pasti boleh dan mampu melakukannya..!

setiap kita inginkan kejayaan..kita ingin diiktiraf atas pencapaian yang dilakukan..
selagi bergelar manusia,kita tergolong dalam kumpulan yang inginkan kepuasan
dalam apa jua perkara yang kita lakukan....

hakikatnya, kita tidak pernah akan berasa puas dengan apa yang kita kecapi..
dalam kehidupan...
kita ingin terus-terusan melakukan sesuatu agar kita mencapai
kejayaan dari suatu tahap ke suatu tahap yang boleh dibanggakan...

kejayaan yang kita capai boleh membawa kebahagiaan dalam diri kita...
kebahagiaan itu pula memberikan seribu pengertian dalam
kehidupan kita yang penuh cabaran...

oleh itu,untuk mencapai kebahagiaan yang diimpikan,
kita mesti sentiasa berusaha melakukan yang terbaik kehidupan ini...
memang benar, usaha itu tangga kejayaan...
namun begitu,kejayaan belum pasti membawa kebahagiaan kalau usaha
yang kita lakukan tidak membawa sebarang pengertian
kepda matlamat hidup kita yang sebenar...

~fuhhhh ! penat kerah idea nk bgi nasihat maaflah kalo x best ~

kamu datang bila suka,kamu pergi bila benci....


assalamualaikum.....
mira update lagi entry almaklumlah sementara menunggu lagi 2 minggu
uitm panggil masuk belajar mira tak tahu nak buat ape
mira update lah entry baru...

pada yang suke baca entry mira terima kasih banyak...
bila kamu komen sedikit sebanyak dapat menguatkan mira dalam menulis lagi
walauapa pun apa yang mira tulis dan sampaikan
adalah melaluai pengalaman sendiri...
bukankah pengalaman mengajar erti kedewasaan..?

okey berbalik kepada tajuk mira pada hari ini...
kamu datang bila suka,kamu pergi bila benci...
perit bukan ayat tu...
macam biasa setiap yang ada didunia nie kita tak boleh nak duga hati dan perasaan
mereka..
kadang2 mereka begini kadang2 mereka begitu....

apalah guna nya kita berjumpa andai kita terpakse belajar untuk
melupainya...?
apalah guna kita berjumpa kalau hanya untuk berpisah?
semua itu qada' dan qadar ALLAH bukan..
kita sebagai hambanya hanya mampu merancang bukan...?

kadangkala apabila sesuatu dugaan itu datang menduga kita
seringkali kita tidak pernah dapat menerimanya dengan hati yang terbuka..
acap kali kita akan sering tertanya-tanya apakah salah kita hingga sanggup di duga begini?
mesti pernahkan...?
mira juga turut pernah merasai...
walaubagaimana pun ia adalah sesuatu yang mematangkan diri kita....

takdir ALLAH itu sangat2 luar biasa....
bebalik kepada tajuk..
kadang2 kita takut hendak mulakan sesuatu perhubungan setelah hati dikecewakan..
kita takut hendak mengahadapi suratan perpisahan...
walau sekuat mana pun perpisahan yang kita takuti
andai takdir sudah tertulis sejak azali kita harus kuat menghadapinya...

perpisahan? perit bukan untuk dihadapi...
melupai insan yang disayangi amat lah sukar untuk dijalani dan dihadapi..
tapi kita sebagai manusia harus kuat menempuh segala2nya...
sejarah menguatkan kita untuk membina kehidupan yang mematangkan..

mira harap apa yang cuba mira sampaikan akan dapat kamoO semua fahami...
dan dapat kamOo pelajari...
mira menulis tinta ini adalah mengguna keikhlasan hati...
tidak terniat untuk meluahkan perasaan sendiri..
mira menulis untuk santapan semua.
bukan menulis untuk perasaan mira sendiri..

~pada yang berpuasa hari kedua dalam bulan rejab hari nie alhamdulilah...~



kecewa yang tidak terucap dengan kata-kata



asslamualaikum....
terima kasih sebab masih sudi lagi membaca entry terbaru mira..
okeh entry kali nie cube anda baca ayat di atas..
fahamkan?
sedih tidak?
pernah tak kamoO alami?
mesti ade yang pernahkan...?

"mira pernah ke"...?
rasa2 kamOo....?
okehlah mestilah pernah..
kita sebagai seorang perempuan bila meningkat ke alam remaja
mesti ingin diri ini terus disayangi oleh seseorang bukan..

dan mesti juga kita akan berasa cemburu takala melihat
teman2 yang sebaya dengan kita sudah memiliki seseorang yang sangat2 istimewa..
tak di nafikan mira pun kadangkala ade perasaan macam tu..
lumrah bagi seorang remaja..

baiklah bila kita dah berani bercinta..
kita jangan sesekali takut akan kekecewaan...
kadangkala rasa sayang yang wujud dalam diri manusia bukan lah sesuatu yang kekal..
ia akan berubah-rubah mengikiut nafsu diri masing2..

kadang2 bila bercinta kita takut sangat ditinggalkan..
perit bukan perpisahan itu..?
cukup tidak dinafikan...
mira jua pernah mengalami...kekecewaan yang di alami
tidak haruslah dijadikan alasan sebagai jalan untuk terus membenci..
sabar dan tabah mengharungi
akan menenangkan hati yang sedang kecewa..

yer tidak jua mira nafikan kadangkala kesunyiaan
kerinduan pasti akan wujud..
tapi apekan daya ia bukan jodoh kita lagi..
mungkin ade sebab mengapa ALLAH menarik sesuatu yang kita sayangi..
sebab ALLAH itu maha adil..
mungkin hari nie kita kecewa dengan kehilangan..
mana tahu suatu hari nanti ALLAH mengantikan dengan sesuatu yang lebih baik..

mana tahu kan..?
pada kamoO yg membaca entry mira dan kebetulan baru sahaja sedang kecewa
maafkan mira,tak terniat mahu menyinggung perasaan kamoO semula..
walaubagaimanapun ambilah sedikit kekuatan
pada apa yang mira sampaikan moga ia dapat mengubat hati
dan perasaan kamOo....insyaALLAH mudah-mudahan...



attitude...atau kelakuan...



assalamualaikum.....

terime kasih pada yang sudi membaca entry blog mira...
mira ikhlas dalam menulis segala apa entry..
semua yang mira luahkan adalah
melaluai pengalaman mira sendir...


baiklah entry kali ini mira mahu bercakap tentang 'attitude'
kadang2 kite sering lupe akan kelakuan kita
kepada orang ramai...

ade jugak manusia yang selalu sahaja pentingkan diri mereka sendiri..
tanpa memikirkan perasaan orang lain...
oleh kerana terlalu mahu menggikut kehendak diri sendir
dalam diam kita terlupa akan hati manusia lain..

seringkali,masyarakat pada hari nie selalu membangga kelakuan
yang kurang sopan mereka..
kadangkala ade sesetengahnya terlalu bangga..

kelakuan mencerminkan peribadi diri kita sendiri...
kelakuan jugaklah
menjadi penilai kepda diri sendiri....
mira juga tak nafikan..
mira juga kadang terlupa juga menjaga kelakuan diri..
sampai ade yang tidak suke..
heheh...tidak dinafikan...


bulan rejab adalah bulan yang mulia...!




syukur alhamdulilah....
berkesempatan juga mira updat entry akan bulan rejab..
hari nie 22/5/2012
adalah bulan yang cukup indah bagi kite umat islam..

bulan rejab adalah bulan yang paling mulia
ia adalah bulan ALLAH...
sesiapa yang berpuasa 3 hari pada dalam bulan rejab
dan beribadat (pada malamnya)
ibarat seperti kita berpuasa
3000 tahun,,dan akan diampunkan 70 dosa2 besar...

juga turut ditunanikan 70 hajat ketika keluarnya nyawa kita
dari jasad...
juga 70 hajat nya ketika kita berada didalam kubur...
dan jugak 70 darjat ketika terbang suhuf
ketika itu quran dinaik ketika
melaluai titi siratulmustaqim...

bulan rejab juga adalah bulan untuk kita
mengambil kesempatan untuk bertaubat...
mira juga di kesempatan menulis entry ini juga ingin
turut berpesan kepada diri sendiri untuk
melakukan apa sahaja yang terbaik di bulan ALLAH ini..

ayuh ! kita berpuasa....


sepi.....


assalamualaikum...

heheh....hurm semua orunk pernah tak rasa 'SEPI'..?
mesti pernahkan..
banyak sebenarnya istilah sepi nie...
besar ertinya...

okey lah terus terang mira cakapkan dekat sini
siapa tak pernah bercintakan?
semua mesti ade pengalaman
bercinta bukan?

kadang2 cinta boleh membuat kita jadi
pekak,buta hati mahupun
buta mata..
atau buta segala2 nya..
penangan cinta hebat bukan.

tapi kadang2 kite lupa..dan sering alpa..
kita sering mengikut hawa nafsu..
sampaikan maruah tergadai pun
kita masih buat tak tahu..

itu lah hebatnya penangan cinta
dalam diri manusia..
tetapi cinta yang paling suci
dan sangat2 teragung
adalah
rasa cinta terhadap
ALLAH dan rasulluah..

okey la mira rasa mira dah bersyarah panjang sangat..
so ambil lah ape yang mira tulis
sebagai salah satu
ubat penenang bgi kamoO
yang baru sahaja putus cinta...:68:

pesanan buat mira pesanan buat kamOo juga...