bersyukur dengan apa yang ada pada hari ini...


assalamualaikum... lama sangat dah tak update entry... sibuk jer manjang... sibuk ape pun mira tak tahu... huhu tambah2 lagi berapa hari dah nak balik kolej.. so tak tahu lah.. mungkin akan beranak-pinak kot habuk dekat blog mira nie.. walau apa pun haishh jangan merungut... bersyukurlah dengan apa yang kita ada pada hari ini... mulai saat ini... bersyukurlah kita kerana masih dapat melihat wajah ibu bapa, anak, keluarga tatkala bangun di pagi hari.. bersyukurlah kita kerana masih mampu mandakap dan memberi kucupan mesra kepada insan yang terlalu istimewa dalam hidup kita ini... bersyukurlah kita kerana masih mampu mendengar suara tangisan dan gelak ketawa ahli keluarga kita dan rakan taulan... bersyukurlah kita kerana masih mempunyai tenaga,keupayaan dan kesihatan yang baik untuk terus berusaha mempertingkatkan kualiti hidup diri dan keluarga... bersyukurlah kita kerana masih mempunyai pacaindera dan anggota badan yang cukup lengkap untuk kita terus hidup dengan penuh kesejahteraan... nikmatilah segala pemberian tuhan di bumi -NYA yang luas terbentang.... bersyukurlah kita kerana masih mempunyai perkerjaan dan pendapatan yang baik untuk terus menyara.. bersyukurlah kita juga kerana masih hidup di bumi malaysia yang bertuah ini jauh daripada bencana alam yang dahsyat dan mengerikan.. bersyukurlah kita kerana masih dipanjangkan umur untuk terus hidup... membuat kebaikan, beribadah dan bertakwa kepada tuhan YANG MAHA BERKUASA...

No comments:

Post a Comment

sila lah menjadi pengOmen setia mish....!