6 tip untuk tampil lebih yakin !

tahukah kamu dengan adanya keyakinan diri, ia dapat membantu menjadikan hidup kamu
lebih bahagia dan berjaya..?
keyakinan diri boleh terbentuk sama ada ketika kamu
berdepan dengan sesuatu yang memerlukan kamu untuk membuat
keputusan besar ataupun bagaimana kamu menyesuaikan diri
dengan suasana baru serta bagaimana cara kamu
menentang pengaruh buruk daripada rakan sebaya..

jom ikuti tip untuk membina keyakinan diri !

  • TARIK NAFAS DAN JANGAN TERBURU-BURU
*berfikiran santai dan tidak strees kepada sesuatu perkara akan
membuka minda kamu berfikir secara meluas.
ia juga membantu kamu dalam memberi idea yang lebih menarik tentang
sesuatu perkara apabila kamu berfikir secara tidak terburu-buru..

  • KENAL PASTI KEKUATAN KAMU
*jika kamu merasakan kamu langsung tiada kemahiran atau kekuatan,kamu
boleh mencuba untuk menyenaraikan apa yang kamu suka lakukan..
dan menjadikan sebagai kekuatan dalam diri kamu.

  • SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF
*semua orang di dunia tidak sempurna dan mempunyai kekurangan masing-masing..
kamu tidak perlu merasa rendah diri dengan kekurangan kamu.
kadangkala kamu merasakan tubuh badan kamu tidak menarik..
tetapi haruslah diingatkan masih ade orang lain yang mempunyai bentuk tubuh badan
yang lagi tidak menarik dari kamu..
jadi jangan takut untuk merasakan diri kamu tidak cantik dan tampil lebih yakin ya !

  • JANGAN LETAKKAN HAD PADA DIRI
*satu sebab utama kamu yang menyebabkan kamu tiada keyakinan diri
ialah dengan meletakakn had kepada diri kamu sendiri.
contohnya, jika kamu tidak dapat markah tertinggi di dalam kelas
jangan fikirkan had kamu hanya setakat itu sahaja.
kamu haruslah berusaha..kerana usaha itu tangga kejayaan.

  • RAIKAN KEJAYAAN KAMU WALAUPUN KECIL
*meraikan kejayaan kamu bersama-sama dengan keluarga atau sahabat handai
boleh mendorong kamu untuk menjadi lebih berjaya.
walaupun kejayaan kamu hanya lah lulus ujian memandu ataupun
berjaya memberi ucapan di atas pentas itu juga merupakan kejayaan
buat diri kamu..
tidak salah untuk kamu meraikannya kerana itu membantu kamu menjadi manusia
yang lebih yakin.

  • HARGAI DIRI KAMU SETIAP HARI.
*fikirkan yang terbaik buat diri kamu yang kamu buat setiap hari
anataranya bangun awal pagi senyum kepada orang yang tidak
dikenal,menelefon atau bertanya khabar..
ini akan membuatkan kamu melangkah dengan lebih yakin dengan memikirkan
tentang perkara baik yang telah kamu lakukan..

itu sahaja 6 tip yang dapat sy kongsikan..segala ape yang dirasa terkurang
mohon maaf sebab mira hanya menyatakan dari hari dan apa yang mira tahu
melaluai buku-buku motivasi sahaja..
mira mengolahnya mengikut pandangan mira dan juga kebenaran..
yang baik itu datangnya dari ALLAH..
yang terkurang itu datangnya dari saya..

*kalo ade sebarang pertanyaan boleh lah cari mira di http://ask.fm/mirafarez..untuk
apa jua pertanyaan..insyaallah..



No comments:

Post a Comment

sila lah menjadi pengOmen setia mish....!