KAWAN.....


assalamualaikum.....
lama sy tak update entry baru mesti yang selalu skodeng blog mira tertunggu2 bukan..?
maaf lah mira sibuk sikit jadi tak de masa sepenuhnaya nak update...
tambah2 cuti bakal berakhir tak tahu lah lepas nie
bila assigment dah datang class pun dah mula pasti tak akan ade masa...
tapi walau macam mana pun mira akan cube jugak cari masa...
soO kOrunk jgn lah risau...

okey ! banyak sangat cakap bosan pulak ye yg nak membaca heheh...
semua orang mesti ada kawan kan?
ramai tak kawan2 kamoo..?
mira kawan paling ramai pun dekat facebOok...
tue pun sebab kawan dunia internet...
kawan realiti banyak lah jugak..
dari sekolah sampailah ke universiti
kita mesti kenal banyak orang dan orang disekeliling kita adalah kawan kita...

mulai saat ini...
berkawan dan bergaullah dengan sesiapa saja kerana....
tidak ada darjat dan pangkat yang boleh memisahkan kita...

setia kawan tidak mengenal rupa...
asalkan hubungan dijaga sentiasa....

tapi berhati-hatilah memilih kawan...
kerana ada kawan yang 'makan' kawan...

adat hidup,begitulah kiranya...
sentiasa ingin dipuji dan dikenali dari hujung rambut hingga sampai hujung kaki..

apa pun pujian adalah sikap terpuji...
yang sentiasa dinanti kerana itulah doa yang lahir dari bibir dan hati...

oleh itu, biarlah kita ikhlas dan jujur...
ketika memuji...moga-moga bahagia rakan dan keluarga yang kita kasihi.


junior blog vs senior blog....

assalamualaikum....
alhamdulilah sejak mira berjaya buat blog nie bila show jer dekat kwn2
dan kawan2 dekat fb...
ramai yang hantar mcj dekat chat camna nak buat macam tue?
macam mana nak buat macam nie?
bila mira balas mereka tak faham pulak...so macam mana mira mahu tolong yer...

mira kalau boleh tak nak lah buat tutorial bukan ape nanti ade yang masih
tidak faham bila mahu tanya mesti kamOo commentkan tanya...
mira takut bile dah sibuk dengan class dan assigment
nanti tak dapat nak jawab dan tolong...
kamoO mesti hampa nanti...

jadi disebabkan itulah mira tak berani nak buat...
tapi mira sedikit pun tak kedekut ilmu...
mana yang mira tahu mira akan tolong suggest any tutorial...
x elok kan kedekut bila dah berjaya..?

pada yang baru dalam dunia blog jangan risau...
mira akan bagi beberapa suggestion tutorial yang berjaya...
jadi kamOo semua ikut jer arahan meraka dekat sana yer...

:m:mahu tutorial sepenuhnya dari A to Z klik sini !

:m:mahu yang simple tapi mudah faham klik sini !

:9:mahu lagi..? adehhh boleh usha dekat sini okey
klik sini !


selamat memcuba..!

:face28:


setiap hari perlu ade sedikit perubahan....



assalamualaikum.....
mira update entry lagi..kali nie mira mahu kongsikan sesuatu...
mahu tahu ape?
jemput baca sampai habis motivasi merapu mira nie..heheh

peluang..? sentiasa terbuka untuk kita semua. ia pilihan yang sentiasa terletak
di tangan kita sendiri...bukan orang lain.
pilihlah yang terbaik...

perubahan..? ke arah kehidupan yang lebih baik bukanlah sesuatu yang mustahil..
mulalah dengan kemahuan dan tingkatkan usaha....
kita pasti boleh dan mampu melakukannya..!

setiap kita inginkan kejayaan..kita ingin diiktiraf atas pencapaian yang dilakukan..
selagi bergelar manusia,kita tergolong dalam kumpulan yang inginkan kepuasan
dalam apa jua perkara yang kita lakukan....

hakikatnya, kita tidak pernah akan berasa puas dengan apa yang kita kecapi..
dalam kehidupan...
kita ingin terus-terusan melakukan sesuatu agar kita mencapai
kejayaan dari suatu tahap ke suatu tahap yang boleh dibanggakan...

kejayaan yang kita capai boleh membawa kebahagiaan dalam diri kita...
kebahagiaan itu pula memberikan seribu pengertian dalam
kehidupan kita yang penuh cabaran...

oleh itu,untuk mencapai kebahagiaan yang diimpikan,
kita mesti sentiasa berusaha melakukan yang terbaik kehidupan ini...
memang benar, usaha itu tangga kejayaan...
namun begitu,kejayaan belum pasti membawa kebahagiaan kalau usaha
yang kita lakukan tidak membawa sebarang pengertian
kepda matlamat hidup kita yang sebenar...

~fuhhhh ! penat kerah idea nk bgi nasihat maaflah kalo x best ~

kamu datang bila suka,kamu pergi bila benci....


assalamualaikum.....
mira update lagi entry almaklumlah sementara menunggu lagi 2 minggu
uitm panggil masuk belajar mira tak tahu nak buat ape
mira update lah entry baru...

pada yang suke baca entry mira terima kasih banyak...
bila kamu komen sedikit sebanyak dapat menguatkan mira dalam menulis lagi
walauapa pun apa yang mira tulis dan sampaikan
adalah melaluai pengalaman sendiri...
bukankah pengalaman mengajar erti kedewasaan..?

okey berbalik kepada tajuk mira pada hari ini...
kamu datang bila suka,kamu pergi bila benci...
perit bukan ayat tu...
macam biasa setiap yang ada didunia nie kita tak boleh nak duga hati dan perasaan
mereka..
kadang2 mereka begini kadang2 mereka begitu....

apalah guna nya kita berjumpa andai kita terpakse belajar untuk
melupainya...?
apalah guna kita berjumpa kalau hanya untuk berpisah?
semua itu qada' dan qadar ALLAH bukan..
kita sebagai hambanya hanya mampu merancang bukan...?

kadangkala apabila sesuatu dugaan itu datang menduga kita
seringkali kita tidak pernah dapat menerimanya dengan hati yang terbuka..
acap kali kita akan sering tertanya-tanya apakah salah kita hingga sanggup di duga begini?
mesti pernahkan...?
mira juga turut pernah merasai...
walaubagaimana pun ia adalah sesuatu yang mematangkan diri kita....

takdir ALLAH itu sangat2 luar biasa....
bebalik kepada tajuk..
kadang2 kita takut hendak mulakan sesuatu perhubungan setelah hati dikecewakan..
kita takut hendak mengahadapi suratan perpisahan...
walau sekuat mana pun perpisahan yang kita takuti
andai takdir sudah tertulis sejak azali kita harus kuat menghadapinya...

perpisahan? perit bukan untuk dihadapi...
melupai insan yang disayangi amat lah sukar untuk dijalani dan dihadapi..
tapi kita sebagai manusia harus kuat menempuh segala2nya...
sejarah menguatkan kita untuk membina kehidupan yang mematangkan..

mira harap apa yang cuba mira sampaikan akan dapat kamoO semua fahami...
dan dapat kamOo pelajari...
mira menulis tinta ini adalah mengguna keikhlasan hati...
tidak terniat untuk meluahkan perasaan sendiri..
mira menulis untuk santapan semua.
bukan menulis untuk perasaan mira sendiri..

~pada yang berpuasa hari kedua dalam bulan rejab hari nie alhamdulilah...~



kecewa yang tidak terucap dengan kata-kata



asslamualaikum....
terima kasih sebab masih sudi lagi membaca entry terbaru mira..
okeh entry kali nie cube anda baca ayat di atas..
fahamkan?
sedih tidak?
pernah tak kamoO alami?
mesti ade yang pernahkan...?

"mira pernah ke"...?
rasa2 kamOo....?
okehlah mestilah pernah..
kita sebagai seorang perempuan bila meningkat ke alam remaja
mesti ingin diri ini terus disayangi oleh seseorang bukan..

dan mesti juga kita akan berasa cemburu takala melihat
teman2 yang sebaya dengan kita sudah memiliki seseorang yang sangat2 istimewa..
tak di nafikan mira pun kadangkala ade perasaan macam tu..
lumrah bagi seorang remaja..

baiklah bila kita dah berani bercinta..
kita jangan sesekali takut akan kekecewaan...
kadangkala rasa sayang yang wujud dalam diri manusia bukan lah sesuatu yang kekal..
ia akan berubah-rubah mengikiut nafsu diri masing2..

kadang2 bila bercinta kita takut sangat ditinggalkan..
perit bukan perpisahan itu..?
cukup tidak dinafikan...
mira jua pernah mengalami...kekecewaan yang di alami
tidak haruslah dijadikan alasan sebagai jalan untuk terus membenci..
sabar dan tabah mengharungi
akan menenangkan hati yang sedang kecewa..

yer tidak jua mira nafikan kadangkala kesunyiaan
kerinduan pasti akan wujud..
tapi apekan daya ia bukan jodoh kita lagi..
mungkin ade sebab mengapa ALLAH menarik sesuatu yang kita sayangi..
sebab ALLAH itu maha adil..
mungkin hari nie kita kecewa dengan kehilangan..
mana tahu suatu hari nanti ALLAH mengantikan dengan sesuatu yang lebih baik..

mana tahu kan..?
pada kamoO yg membaca entry mira dan kebetulan baru sahaja sedang kecewa
maafkan mira,tak terniat mahu menyinggung perasaan kamoO semula..
walaubagaimanapun ambilah sedikit kekuatan
pada apa yang mira sampaikan moga ia dapat mengubat hati
dan perasaan kamOo....insyaALLAH mudah-mudahan...



attitude...atau kelakuan...



assalamualaikum.....

terime kasih pada yang sudi membaca entry blog mira...
mira ikhlas dalam menulis segala apa entry..
semua yang mira luahkan adalah
melaluai pengalaman mira sendir...


baiklah entry kali ini mira mahu bercakap tentang 'attitude'
kadang2 kite sering lupe akan kelakuan kita
kepada orang ramai...

ade jugak manusia yang selalu sahaja pentingkan diri mereka sendiri..
tanpa memikirkan perasaan orang lain...
oleh kerana terlalu mahu menggikut kehendak diri sendir
dalam diam kita terlupa akan hati manusia lain..

seringkali,masyarakat pada hari nie selalu membangga kelakuan
yang kurang sopan mereka..
kadangkala ade sesetengahnya terlalu bangga..

kelakuan mencerminkan peribadi diri kita sendiri...
kelakuan jugaklah
menjadi penilai kepda diri sendiri....
mira juga tak nafikan..
mira juga kadang terlupa juga menjaga kelakuan diri..
sampai ade yang tidak suke..
heheh...tidak dinafikan...


bulan rejab adalah bulan yang mulia...!




syukur alhamdulilah....
berkesempatan juga mira updat entry akan bulan rejab..
hari nie 22/5/2012
adalah bulan yang cukup indah bagi kite umat islam..

bulan rejab adalah bulan yang paling mulia
ia adalah bulan ALLAH...
sesiapa yang berpuasa 3 hari pada dalam bulan rejab
dan beribadat (pada malamnya)
ibarat seperti kita berpuasa
3000 tahun,,dan akan diampunkan 70 dosa2 besar...

juga turut ditunanikan 70 hajat ketika keluarnya nyawa kita
dari jasad...
juga 70 hajat nya ketika kita berada didalam kubur...
dan jugak 70 darjat ketika terbang suhuf
ketika itu quran dinaik ketika
melaluai titi siratulmustaqim...

bulan rejab juga adalah bulan untuk kita
mengambil kesempatan untuk bertaubat...
mira juga di kesempatan menulis entry ini juga ingin
turut berpesan kepada diri sendiri untuk
melakukan apa sahaja yang terbaik di bulan ALLAH ini..

ayuh ! kita berpuasa....


sepi.....


assalamualaikum...

heheh....hurm semua orunk pernah tak rasa 'SEPI'..?
mesti pernahkan..
banyak sebenarnya istilah sepi nie...
besar ertinya...

okey lah terus terang mira cakapkan dekat sini
siapa tak pernah bercintakan?
semua mesti ade pengalaman
bercinta bukan?

kadang2 cinta boleh membuat kita jadi
pekak,buta hati mahupun
buta mata..
atau buta segala2 nya..
penangan cinta hebat bukan.

tapi kadang2 kite lupa..dan sering alpa..
kita sering mengikut hawa nafsu..
sampaikan maruah tergadai pun
kita masih buat tak tahu..

itu lah hebatnya penangan cinta
dalam diri manusia..
tetapi cinta yang paling suci
dan sangat2 teragung
adalah
rasa cinta terhadap
ALLAH dan rasulluah..

okey la mira rasa mira dah bersyarah panjang sangat..
so ambil lah ape yang mira tulis
sebagai salah satu
ubat penenang bgi kamoO
yang baru sahaja putus cinta...:68:

pesanan buat mira pesanan buat kamOo juga...





alhamdulilah....

asslamualaikumm..
holaa ! haiii.... alhamdulilah setelah sekian lama
mira belajar tutorial cara nak buat blog
akhir nya mira berjaya
berkat sabar
berkat berani kerana ingin mahu berjaya
akhirnya jadi..

huhu..walaupun blog mira tidak lah sehebat mana
tapi insya ALLAH kalo mira
sentiasa ingin belajar
yang susah pun akan menjadi mudah..

kepada anda yang membaca blog mira
terima kasih sgt2..
jasa2 dan keperihatinan anda tak dapat
mira balas..
ape2 pun terima kasih...
di atas sokongan anda semua..

alhamdulilah berjaya akhirnya buat iklan churp2...!

assalamualaikum.....
syukur kepada ALLAH berkat sabar and rasa ingin belajar
akhirnya mira dapat jugak daftar iklan churp2 dalam blog..
hhuhu harap2 masyukk..

hehe terima kasih tak yang tak terhingga kepada blogger
yang telah memberi mira tunjuk ajar..
dan sedikit tujuk ajar
dan saling kongsi ilmu pengetahuan...

mira pun baru jer lagi dalam bidang blogger nie..
so mira mahu belajar n terus belajar..
walaupun masih banyak yang mira tak tahu..
hope kamOo semua sudilah membantu..

sedikit tips timbangan dan sukatan


:face37:asslamualaikum....
aikk kenapa tOo muram jer muka..
tak tahu cara nak timbanh dan sukat

mira faham..mira pun macam kamOo jugak..
sbb nyer sukatan ml,aun,g kadang2 ade yang tak tahu..
macam mira jugak lah..
oleh disebabkan mira tahu...

soO kamOo semua jangan la risau,...
cepat ambil pen dan kertas
dan salin lah maklumat nie..
mira harap lepas nie kamOo semua akan memcuba pelbagai
resepi kek yang enak2..
yang pasti jangan lupa mencuba resepi yang mira kongsikan
ohkeyh..!

sukatan bahan kering:
  • 1/4 =5 g
  • 1 aun=25g
  • 2aun=50g
  • 3aun=76g
  • 4aun=100g
  • 5aun=125g
  • 6aun=150g
  • 7aun=175g
  • 8aun=200 g(1/4 kg)
  • 9aun=225g
  • 10aun=250g
  • 11aun=275g
  • 12aun=300g
  • 13aun=325g
  • 14aun=350g
  • 15aun=375g
  • 16aun=400g(1/2kg)
  • 2paun=1kg
  • 100 g tepung gandum bersamaan 1 cawan
  • 200g gula kastor bersamaan 1cawan
  • 400g gula aising bersamaan 3cawan
  • 200g mentega/majerin bersamaan 1cawan
sukatan suhu ketuhar:
  • 225-250(f)=110-120(c)=sangat sejuk
  • 275-300(f)=140-150(c)=sejuk
  • 325-350(f)=160-180(C)=sederhan
  • 375-400(F)=190-200(C)=sederhana panas
  • 425-450(F)=220-230(C)= panas
  • 475-500(F)=240-260(c)=sangat panas
okey..amacam faham...kalo tak faham boleh tanya...

~selamat mencuba~


muffin bluberi...

:11:asslamualaikum...

ayuh apa kata ambek pen dan kertas...
dan salin resepi ini..
dan terus mencuba..
okey..

nanti kalo dah cuba hantarlah kat rumah mira
okey?

bahan-bahan:
  • 1kg jem bluberi
  • 750gm tepung kek
  • 500gm gula kastor
  • 500ml susu segar
  • 250gm mentega tanpa garam
  • 60gm serbuk penaik
  • 7 biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • beberapa biji buah bluberi
  • garam secukup rasa
cara membuat:
  1. pukul gula kastor,mentega dan garam hingga kembang dengan
    kelajuan sederhana.
  2. masukkan telur sedikit demi sedikit.kacau sebati
  3. kemudian masukkan tepung kek dan serbuk penaik.kacau lagi
    sehingga rata
  4. tuangkan susu dan esen vanilla.kacau perlahan sehingga rata.
  5. sudukan adunan kedalam cawan muffin dan masukkan
    jem bluberi kedalam nya.hiaskan dengan buah
    bluberi di atas muffin
  6. bakar pada suhu 180C sehingga 25-30minit
  7. sedia untuk dihidangkan yum ! yum!

muffin blossom yang cantik...

asslamualaikum......

ayuh geng ! ceh wah...
okey mira mahu kongsi lagi resepi terbaru..
mahu mencuba nya..

macam biasa lah ambil pen dan kertas..
salin dan jangan lupa mencuba..
okey..

bahan-bahan:
  • 150 gm tepung kek
  • 120gm gula kastor
  • 90ml susu cair
  • 2biji telur ~disejukkan
  • 1 sudu kecil perwarna oren
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 susu kecil ovallete
  • 1/2sudu kecil esen pandan
  • 50gm inti kacang merah ~untuk hiasan
cara membuat:
  1. campurkan tepung kek,gula kastor,serbuk penaik,susu cair,telur
    esen pandan,dan perwarna hijau kacau sehingga kembang
  2. sudukan adunan kedalam acuan muffin dan letakkan
    inti kacang merah di atasnya
  3. kukus muffin selama 15minit dan sedia untuk dihidangkan.

muffin rice bubbles..!

:95:assalamualaikum...w.b.t...

hello ! macam biasa sediakan pen dan kertas..
dan salinkan resepi nie okey..
haruss tau mencuba..

bahan-bahan:
2 cawan rice bubles ~boleh di beli dipasar raya

bahan A:

  • 350gm gula kastor
  • 345gm tepung serbaguna
  • 2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
  • 1 cawan bijirin kegemaran
  • 1 1/2 sudu kecil soda birkarbonat
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu garam halus

  • bahan B:
  • 475 ml dadih
  • 225 ml air dadih
  • 125ml minyak masak
  • 2 biji telur
cara membuat:
  1. satukan setengah rice bubles dengan semua bahan A.
  2. masukkan bahan B dan gaul hingga adunan rata.
  3. sudukan adunan ke dalam acuan muffin. taburkan
    lebihan rice bubbles di atasnya
  4. bakar didalam ketuhar bersuhu 180C selama 20 minit..

muffin bijan hitam yang sedap..

:125:assalamualaikum...w.b.t

hai! amacam da cube dah resepi yang dulu..
dah??
sedap tak?
kalo sedap bagus lah yer...

okey hari nie mira nak kongsi lagi satu kek
mau cuba..
macam biasa lah ambil pen dan kertas
dan salin...

bahan A:
  • 160 gm tepung naik sendiri
  • 100gm gula kastor
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
bahan B :
  • 250 ml dadih perisa vanila
  • 80 gm coklat cip putih
  • 70gm majerin~dicairkan
  • 4sudu besar emping jagung
  • 3sudu besar bijan hitam
  • 3sudu besar oat
  • 2biji telur ~dipukul sedikit

cara membuat:
  1. satukan bahan A dalam mangkuk adunan.ketepikan.
  2. campurkan telur,dadih,majerin dan kacau hingga rata.tuangkan
    kedalam bahan A.adun sehingga sebati.
  3. masukkan oat dan emping jagung.gaul hingga rat.
  4. sudukan adunan kedalam acuan muffin.taburkan bijan hitam
    dan coklat cip putih di atasnya.
  5. bakar pada suhu 175C selama 25 minit atau sehingga masak

muffin bayam ala popye...!

:12:asslamualaikum w.b.t......
orait hari nie mira nak kongsi lagi resepi kek yang sedap...
masih agy kek muffin...
kali nie kek yang sesuai bagi pengemar vegeterian...

ala kek kali nie adalah kek untuk jdi kuat..
ha jadi kuat..?
iyer bayam kan makan favoret popye..
soO kalo kamoO nk kuat mcm pOpye...
jemput2 la yer buat kek nie..

okeyy ! ape tunggu aGy mahu mencuba,..
aMbek cepat pen dan kertas...
dan salin resepi nie yer..

bahan-bahan:
*150gm tepung naik sendiri
*90ml susu segar
*50gm keju parutan

*50gm majerin ~dicairkan
*
50gm bayam ~dicincang
*50gm gula kastor
*30ml putih telur
*3sudu besar oat
*2 sudu kecil serbuk kurma

*50gm bayam ~dihiris kecil untuk hiasan
*garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

cara membuat:

*campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan.

kacau sehingga rata.

*sudukan adunan ke dalam acuan muffin.masukkan
bayam yang hiris di atasnya.

*bakar didalam ketuhar bersuhu 175C selama 20minit

atau hingga muffin masak.

~psst mau pesan ciket sedap kalo dihidangkan bersama sup cendawan~


muffin bersalut coklat yepi yepi

:9:assalamualaikum...how are u? mcam ner da cube da resepi yang mira bagi?
okey ker tidak?
senang ker tidak?
apa2 pun semOge berjaya okey..

okey la hari nie mira nak kongsikan 1 lagi resepi..
mau mencuba..ayuh ambek pen dan kertas..
salin leklok yep...

bahan-bahan:
:u:310 gm tepung naik sendiri~di ayak
:u:200gm coklat masakan ~dipotong kecil
:u:150 gm mentega
:u:140gm gula perang
:u:125ml susu UHT
:u:3biji telur
:u:1 sudu kecil sebuk koko

cara membuat:
:88:satukan tepung,gula perang dan serbuk koko ke dalam bekas.
ketepikan.
:88:cairkan coklat masakan dengan mentega di dalam periuk dengan api
yang perlahan.
:88:masukkan adunan coklat ke dalam adunan tepung.
tinggal sedikit untuk hiasan atas muffin.
:88:tuangkan susu dan telur.kacau rata dan jangan terlalu lama.
:88:sendukkan adunan ke dalam bekas muffin dan bakar pada suhu
200C selama 17 minit.
:88:jangan isi sampai penuh.selepas muffin masak tuang coklat di
atas muffin tadi dan taburkan sedikit coklat potong.


suami yang ku benci novel....



peace ! okey kepada kamOo yang mmg kaki nOvel mcm mira...
ha..mira ade ciket novel yang mira nak kongsi..
mira pon mmg suke sgat baca novel :face75:

okey nOvel pertama yang mira nak kOngsi ialah...
'suami yang ku benci'
ermmm benci suami..?????
alamak.....:face52:

okey la novel nie adalah terbitan 'karya seni'
mira biasa nya layan 'alaf 21'
tapi sebagai kaki novel mira harus la layan banyak jenis novel...
btol x???:face44:

okey secara ringkas la kan novel 'suami yang ku benci'
mengisahkan tenteng 2 orang muda mudi...
yang kena kahwin pakse...
watak utama hero nyer uwais ukasyah..
manakala heroin nyer hannah maryam...

okey! novel nie mmg banyak sangat konflik...
yela mana tak nyer si isteri adalah seorang yang berkerjaya...
manakala si suami pulak seorang penjual burger...

okey...mereka dikhawinkan adalah disebabkan keluarga hanna maryam
nak tutup malu akibat perbuatan tunang hanna maryam iaitu tengku muiz
yang telah nenconteng arang dengan perhubungan mereka...

disebabkan tarikh putus tunang too hampir dengan tarikh perkhawinan
jdi uwais ukasyah terpaksa lah jadi pak sanggup nyer...
aikk??
mcam mana keluarga hanna boley kenal dengan uwais?
dapat tak hanna menerima uwais sbgai suami?
dapatkah mereka bahagia?

sooo ape lagi dapatkan lah novel ini dipasaran..
huhu...