PENGALAMAN AMBIL LESEN KERETA..



Assalamualaikum...baru ada kesempatan nak update entry..lama tak update...okey miera nk lah jugak share pengalaman ambil lesen....siapa ada lesen? Senyum ciket..mesti ada diantara korunk lepas spm dah ambil lesenkan?? Miera tak sempat...masa tu bagi chance dekat abang ambil lesen kereta dulu..lepas tu 2tahun diploma memang dah tak ambil dah...makanya pada usia 20tahun ayah suruh ambil lesen...selepas tamat diploma dengan rasminya...maka bermula lah pengalaman yang sangat indah dan macam-macam la...miera daftar memandu pada awal bulan disember(2013,maaf tak ingat tarikh)

HARI PERTAMA.:
masa ni lah mula mengenali sign di jalan raya..selama nie tak pernah ambil peduli pun buat tak nampak je..lepas je daftar kali pertama terus masuh ceramah..ceramah nie namanya KPP..ramai cakap ceramah ni bosan la,apa la bila diri sendiri yang rasa tak la bosan mana okey je..enjoy belajar mengenali tanda-tanda dijalan raya..kadang-kadang blur jugak..ceramah KPP nie adalah penerangan sebelum pergi ujian komputer..

HARI KEDUA:
selang sehari selepas ceramah KPP maka perlulah bersedia untuk ujian komputer..masa nie lah kena baca buku kena hafal segala tanda..kena faham betul-betul..miera ambil lepas 2 hari ceramah KPP...terus ambil ujian komputer...masa tu debar sgt takut terkandas..jadi miera pun dtg awal dpt masuk awal..jawab punya jawab bila check alhamdulilah miera lulus..masa tu dapat 52/60..nak tau tak miera lah owg pertama masa tu keluar...hehhe..masa tu senyum je sebab dah lulus...lepas je berjaya ujian komputer maka masuk lagi sekali ceramah..ceramah pasal kereta pulak..masa nie akan diajar apa tu clutch,break,minyak..macam mana nak guna..semualah dari A-z..

Edpisod 2:
Lepas je selesai ceramah maka anda akan dapat seorang guru khas yang mengajar anda..beliau akan ajar anda dari awal sampailah test JPJ nanti...miera dpt cikgu lelaki..cikgu rosman..memang garang cikgu nie...sekali dia sergah miera terus kalut mati enjin...hahhaha...paling best masa pertama kali duduk dekat tempat pemandu..selama ni asyik duduk dekat sebelah je kan sekarang merasa..pertama kali kenal clutch..apa fungsi clutch...bila gerak je kereta rasa excited sgt sebab pertama kali(gayat cket) so cikgu pun suruhlah miera pusing sekitar litar...pertama kali duk tekan clucth sampai nak bengkak rasa kepala lutut..sakitnya masa tu mungkin tak biasa...

Lepas tu sedikit demi sedikit belajar pasal parking,3penjuru dan bukit...lepas okey semua ni cikgu pun akan suruh kita bawa ke jalan raya..masa nie memang kalut sebab dalam litar mana belajar gear..main clutch,break je...kecuali bukit kne main minyak...masa nie berdebar sgt..yela jalan raya...kalut jugak nak masuk gear..hahhah..

Klimaks:
lepas dah okey semua maka bermula didaftarkan untuk test JPJ...miera dpt tarikh 22January2014 lamakan? Nak buat camne..belajar lama-lama best tau...maka bermula episod test JPJ...

7.30 pagi(22January2014)
Cikgu ambil awal supaya warm up sebelum test..so last chance lah touch up...maka miera pun ingat lah balik segala step yang diajar..lepas 2,3 kali warmup daftar untuk giliran test...check nama miera dapat sesi kedua pukul 10pagi...no giliran miera no 7..so tunggu lah sehingga dipanggil..

11.30pagi(test bukit,parking,3penjuru)
Sesi pertama dyerunk akan bagi pada yang terkandas dahulu..sepatutnya pukul 10pagi mula tapi terlewat cket maka pukul 11.30 bermula..lepas je daftar dekat JPJ terus pergi dekat bukit..disebabkan no miera no7 maka awal lah..masa tu kereta depan manjang mengundur then terkandas...aduhhh debarnya masa ni..jadi bila tiba giliran miera dy bagy je arahan naik miera terus tekan minyak naik masa ni tayar kereta tak masuk petak kuning..pegawai JPJ suruh turun balik...pastu naik balik..okey tayar masuk petak..then tarik handbreak lepas break..

Pegawai JPJ: NUR AMIRAH dah sedia?(jerit)
me: sedia tuan!
Pegawai JPJ: sebut no angkat tangan..
me: No 7 sambil angkat tangan
Pegawai JPJ: okey turun sekarang..

Masa nie la nak kena main minyak dgn clucth..bila kereta dah mengaum miera jatuh handbrake kerata mengundur ke belakang cpt2 tekan break..okey takpe Cuba lagi..tekan lagi nak jalan nie..jatuh handbrake kereta mengundur lagi..aduhhh npe ni mati lah terkandas!!!! JPJ dah jerit angkat clucth! Angkat cluct! Miera pun bersemangat...tekan je minyak angkat clucth kereta rasa nk turun handbrake pulak tak boleh jatuh..miera jerit tuann handbrake tak boleh jatuh!!! Pegawai JPJ usaha jatukan..masa nie ya Allah tolonglah..then dpt jatuh handbrake..tekan minyak angkat clucth kereta akhirnya berjalan ke depan...masa tu jerit dlm kereta alhamdulilah...

Bukit tempat memandu


Lepas lulus bukit maka tempat kedua parking..miera pun buat seperti biasa...time nak masuk petak parking lah enjin mati..nasib bek dekat situ tiada masalah..
Tempat parking
Lepas lulus parking terus ke 3 penjuru...dekat sini kena hati...enjin tak boleh mati,tak boleh lambat keluar dari parking...masa revers kereta make sure cepat-cepat tekan break..mengundur sedikit je kereta ke belakang gagal...so dekat sini ble nak keluar dari kawasan 3penjuru tekan cket minyak...bagi mengaum..ble dah selasai di 3 tempat nie rasa lega sangat..hilang beban...hilang debar...

Kawasan 3 penjuru
Lepas je lulus maka bersiap sedia untuk ujian jalan raya..tak lama...maka dipanggil oleh pegawai JPJ...so naik je kerta bgi salam..tapikan miera dapat pegawai JPJ yang sangat bored...senyap je...tak cakap sepatah..hmmm bosannya...so miera pun bawa lah dia bersiar-siar..nasib baik lah sepanjang dijalan raya miera tiada masalah...bawa pun okey je..bila nak sampai je tempat pemandu tadi dah mula jerit dalam hati 'yaeeeeayyyy nak sampai!!!' bila sampai je..free gear angkat handbrake pegawai JPJ ni tulislah segalanya...lama jugak dia menulis..dalam hati 'aikkk banyaknya komen' so bila dia bagi borang suruh sain perasan dia tanda lulus...masa nie yepppiiiiiiiiii....yaeyyyyy..alhamdulilah...ucap terima kasih hantar borang ke pejabat maka selesailah segalanya..alhamdulilah miera dpt 17/20 3 kesalahan yang miera buat:
- tidak check gear bebas sebelum gerak( miera terus masuk gear revers hihi lupa)

-Tidak menukar gear dlam keadaan sedia

-Tidak menggunakan break kaki dengan betul( miera kalau nk perlahankan kereta lepaskan minyak hahahahha)

Tapi syukur lulus...sebab ayah dah warning awal-awal jangan gagal..hehhehe..sekarang miera dah jadi pemandu yang sah dijalan raya..so lepas ni semua kereta dirumah wajib ada sticker P Hehehhehe...jadi inilah pengalaman pahit manis belajar memandu..pada usia 20 tahun aku dapat lesen..lepas nie apa pulak? Jengjeng..

 
okeylah panjang lebar dah membebel miera stop sampai disini hope pengalaman miera menjadi kenangan atau satu pengetahuan bagi anda yang nk ambil lesen..selamat maju jaya...

















5 comments:

  1. Bnyk gak step nk ambik lesen kete nim, fuhh naseb baek r sy nim dh biasa bwk kereta walaupun x abik leen ag

    ReplyDelete
  2. tgk blog ni, baru teringat kat lesen motor,
    bila tamatnyer eh??
    huhu, kang tak pepasal kena saman.
    (dengan lajunyer melangkah ke motor dan buka seat)
    ~blogspot : rawatankanser2013

    ReplyDelete
  3. Ckgu ajar step nak turun bukit mcm mna?

    ReplyDelete

sila lah menjadi pengOmen setia mish....!