DUNIA BARU BERMULA BAKAL SEORANG PENDIDIK


asslamualaikum...lama sangat tak update blog memang pemalas
tak sayang blog langsung kihkih...
maaflah memang kurang sangat update blog sebab masa dan situasi yang tidak mengizinkan..
dunia baru bermula? haaa dunia apa yang bermula...

nak cerita panjang lebar ciket nih...
dulu lepas SPM memang tak dapat langsung tempat nak masuk U nie..
hukhuk memang frust sangat sebab kita tak berjaya...
tapikan miera mula dari bawah miera masuk Uyang buat bersekutu dengan kolej..
walaupun kita berlajar menumpang U lain tapi kita masih tetap pelajar U tu tau..
so malas nak cerita panjang lebar pasal diploma sebab dah pernah update sebelum nie..

sekarang nak cerita benda mengembirakan..
so nak dijadikan cerita lepas tamat diploma je terus apply penerapan ijazah..
masa tu dah target nak sambung bidang pendidikan..
jadi course masa diploma memang kena kalau nak teruskan dalam pendidikan..
maka dipendekkan cerita pada 21 DISEMBER 2013
miera telah ditawarkan untuk mengikuti temuduga sebagai pendidik..
masa nie memang tak tahu pun kawan miera,ain yang suruh miera check
sebab kebetulan kami apply course yang sama..

  
maka inilah tawaran yang ditawarkan.

cerita masa temuduga pulak memang menakutkan..
yeke? hehhe kawan miera yang ain dapat temuduga sesi pagi dan miera sesi petang..
secara ringkaslah masa temuduga tue dia akan suruh macam biasalah kalau
nak jadi cikgu seni memang kena melukislah..masa yang diberi masa tu satu jam..
so dia akan setting dekat tengah-tengah dan masa tu korunk kenalah melukis
benda depan mata..masa tu miera tawakal je nak kata hebat melukis dop ehh..
failed...hahhhaa tapi demi keinginan nak sangat masuk bidang nie miera kena buat yang terbaik..
lepas je sesi melukis korunk kena masuk bilik untuk second interview iaitu uji kerabunan mata..
haha alahhh lebih kurang macam check nak memandu tu hikhik...
lepas selesai second interview masa nie lah kena tunggu turn nak masuk untuk ditemuduga..
masa nie macam-macam perasaan ada debar,gusar,takut semualah..
bila tengok calon yang masuk dan keluar dengan muka yang sangat awful memang mendebarkan..
dan masa tu miera dapat macam nak last interview..
dan penemuduga macam dah hilang mood dan cara mereka temuduga so simple
tak macam yang awal-awal tadi..
so memang kejap sangat masa tu rasa macam down..
keluar je dari bilik rasa macam "macam tak layak je aku nie"
masatue memang pasrah sangat...

berbulan-bulan tunggu menanti jawapan memang lambat sangat..
masa tu memang risau...sebab risau interview di reject!
so tunggu dan terus menunggu...
last-last dapat jawapan...check masa penerapan tarikh 31 januari 2014 
takkan aku lupakan..masa nie lah keputusan keluar...
dahlah keluar petang..pukul 5 petang memang tak senang duduk satu hari..
jantung nie dah macam tak bernyawa dah nak tahu keputusan..
kira separuh matilah nie sebab apa takut sangat risau gagal...

jadi bila dah buka je web dan check memang berdebar dan finaly
saya berjaya dan temuduga pun berjaya!!!!
alhamdulilah...syukur sangat masa tu sebab impian nak jadi cikgu hampir nak capai..
kalau dulu masa kecil-kecil berangan je lebih nak jadi cikgu..
kapur dekat sekolah berpapan miera tibai bawa balik rumah sebab nak conteng belakang pintu
konon-kononya papan hitamlah nak jadi cikgu..
yang jadi mangsa sebagai anak murid adalah adik miera hikhik...
so berangan masa kecil kini dewasa miera dapat nak tunaikan..
cuma belum rasmi menjadi cikgu tapi separuh kaki dalam bidang pendidikan dah berjaya..
memang happy..mama dan ayah lagi best..
sebab 3 orang dah anak dia masuk U..
semua nie nak balas jasa mama dan ayah yang dulu kerja siang malam
mesti nak tengok anak berjayakan (sebak pulak rasa)

jadi maka pada hariini 1 MAC 2014
saya mendaftar masuk sebagai pelajar UITM..
masa mula-mula sampai masuk dalam kawasan induk UITM shah alam
memang satu perasaan yang sangat tak dijangkakan..
sebelum nie duk dengar jerkan tak pernah tengok so bila tengok depan mata sendiri memang gayat..
hahaa...so pendaftaran mula pagi daftar terus dapat kunci bilik..
so miera dapat bilik berdua..
and my roomate budak elektrik..dan tua sedikit umur dari miera..
so nak taip panjang-panjang memang tak sempat sebab penat sangat..
nanti ada masa miera story morry kehidupan di sini ye sebagai pelajar universiti..
okeylah dah nak maghrib nak berhenti dan solat dulu...

sempat juga mengedik tangkap gambar dan cuba tengok belakang lawa tak?

No comments:

Post a Comment

sila lah menjadi pengOmen setia mish....!