Ramadhan semakin dekat..


Hari ini 18 june 2014, seminggu lagi umat Islam akan mula berpuasa.. Cerita yang kerap didengar terutama oleh kaum wanita; baju anak tak siap lagi, nak buat biskut ke nak beli saja, langsir nak tukar ke tak, raya ni beraya di mana.. Jarang sangat kita mendengar; bulan ramadhan ni terawih di mana... sudah abiskah aku ganti puasa aku yang tahun-tahun lepas, macam mana nak bayar fidyah ni... 

Saban tahun begitu la..
Tahun ni, semoga Allah meringakan kaki untuk berterawih di masjid.  InsyaAllah bulan Ramadhan ni akan dapat berbuka bersama keluarga tercinta yeppi.sebab degree bakal bercuti selama hampir 2bulan nampak gayanya pertama kali puasa penuh bersama keluarga dan dapat sambut raya tanpa stress memikirkan tiket bus yang akan habis hahah. Atau dengan kata lain bulan ramadhan ni aku mengganggur la lagi jawabnya...Rezeki Allah ada di mana-mana...
Selamat Menyambut Ramadhan yang berkat. Mohon Kemaafan dan keampunan dari semua. Semoga kita semua beroleh keberkatan dalam bulan ini. InsyaAllah..


semoga puasa kalian akan lebih diberkati dan dirahmati..semoga mana yang terkurang atau tak sempat dilaksanakan pada puasa yang lepas ayuh kita tanamkan azam supaya puasa pada kali ini kita akan mendapat syafaat dan manisan..salam ramdhan uolls..





No comments:

Post a Comment

sila lah menjadi pengOmen setia mish....!