5 Tanda Kamu berada di zone ‘frienemy’



Wowwww, hati-hati tidak semua kawan benar-benar kawan. Adakalanya mereka juga boleh menjadi lawan. Jangan tertipu dengan ‘topeng’ yang si dia pakai. Hati-hati jom intai adakah kamu sedang berada di zone ‘frienemy’ atau tidak...disini miera nak sharekan simpotom2 atau penyebab utama...

✄     BERTUKAR-TUKAR MOOD
Jika kawan kamu itu selalu sahaja bertukar mood dan mengalami masalah ‘mood swing’ hati-hati! Maklum sahajalah mood juga boleh mempengaruhi perasaan seseorang jika dia benar-benar tiada perasaan negatif pada kamu mengapa mesti dia marah-marah kamu bukan ?

✄      GERAK HATI TIDAK SELESA
Walaupun kamu cuba sedaya upaya untuk rapat dengannya namun kamu tetap ada perasaan ‘janggal’ dan tidak selesa pasti kamu tertanya-tanya mengapa bukan ? jawapannya adalah kerana telipati yang dapat kamu rasai melalui gerak hati.

✄      SUKA BERSAING DENGAN KAMU
Pantang nampak kamu lebih sedikit pasti si dia akan cuba lakukan sesuatu untuk mengalahkan kamu. Nampaknya si dia benar-benar cuba untuk mencuri perhatian yang kamu dapat dari orang keliling.

✄      MEMUJI DAN MENGHINA
Dalam setiap pujian yang dia berikan pada kamu ada sahaja hinaan yang dia selitkan dan cakap secara halus. Hati-hati dengan individu seperti ini! Ternyata dia hanya ‘musuh dalam selimut’ kamu sahaja. Jika terjadi tidak perlu melawan atau melayan. Biarkan sahaja si dia dengan caranya itu Cuma kamu perlu lebih berhati-hati.

✄     SERING MENYEMBUNYIKAN SESUATU
Kadang kala si dia suka berahsia dengan kamu. Tau-tau sahaja si dia dah keluar dengan rakan-rakan yang lain tanpa pengetahuan kamu. Hmmmm, orang yang suka menyembunyikan sesuatu memang ada agendanya tersendiri. Pasti ada sebab mengapa si dia cuba mengecualikan kamu. Jika dia benar-benar ikhlas berkawan dengan kamu mengapa mesti si dia lakukan sesuatu seperti ini betul tak ?





No comments:

Post a Comment

sila lah menjadi pengOmen setia mish....!