10 CIRI ANDA SEORANG SELFISH...


Pernahkah kamu berhadapan dengan orang yang tidak tahu menghargai dan menghormati perasaan orang lain ?

Kalau pernah, pasti kamu tahu ciri-ciri mereka bukan ? menyakitkan hati betul! Namun jangan ‘makan hati’. Biarkanlah dia dengan caranya janji kamu bukanlah golongan seperti itu. Jika tidak, sia-sia sahaja kamu bercerita tentangnya bukan ?

Buat yang belum, miera kongsikan beberapa ciri-ciri yang menunjukan si dia seorang yang selfish agar kamu tidak menjadi salah seorang mangsa atau bahan mainan individu yang tidak bertanggungjawab ini.

1)      Tidak pernah mengucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantunya.
2)      Sentiasa tidak berpuas hati dengan kejayaan dan kesenangan orang lain.
3)      Tidak mempunyai rasa percaya pada orang lain.
4)      Lebih suka membanggakan dirinya sahaja.
5)      Merasakan dirinya paling hebat berbanding orang lain.
6)      Suka menghamburkan kemarahan pada individu lain, walhalkan orang itu tidak bersalah.
7)      Meletakan kesalahan di bahu orang lain dan tidak pernah mengaku kesalahan sendiri.
8)      Suka mendapat pujian walaupun atas kejayaan orang lain.
9)      Suka mencari kesalahan orang lain.
10)   Tidak terbuka dan susah menerima idealogi orang lain. 



1 comment:

sila lah menjadi pengOmen setia mish....!