pengalaman zaman kanak-kanak(persekolahan) bahagian 1


Haiii...apa khabar pembaca blog malam ni? Harap kalian sihat ye...tadi masa miera,mama dan adik duduk mengemas fail kami terbukalah semua sijil-sijil masa sekolah paling tidak dapat dilupakan 'REPORT CARD'...

Setiap kali sesi persekolahan bermula pasti akan ada ujian...ujian bulanan,ujian pertengahan tahun dan ujian akhir tahun..itu semua adalah penilaian terhadap kefahaman kita sepanjang sesi pembelajaran...

Okey miera Rasa semua diantara kita mesti pernah alami situasi ini..situasi dimana bila dapat report card kita mesti takut...mesti pernahkan??? Kalau keputusan okey kita taklah takut sangat...tapi bagi situasi keputusan yg kurang memuaskan..mesti takutkan?
Pernah tak kalian mengalami situasi tersebut mestI pernahkan?

Baiklah...miera nak cerita satu persatu pengalaman miera..hihik..masa dapat report card bila cikgu bagi je mesti dah berdebar ni tak bukan cikgu nak tandatangan mak ayah..terus terang miera katakan miera paling takut nak tunjuk report card kat ayah...kalau mama miera okey lagi paling bising pun membebel...biasalah mak...tapi ayah ni dia takkan mau nak tengok kalau keputusan peperiksaan alaa kadar(ckup-cukup makan)... So bila dapat je terus simpan dalam beg...

Situasi dirumah...miera jarang balik sekolah terus tunjuk report card..simpan dulu sementara tu fikirkan alasan macam mana nak jawab dengan mama dan ayah..debar..

Peristiwa pertama:

Miera pernah liquid paperkan no kedudukan dalam kelas dengan meletakkan no kedudukan sendiri dengan harapan mama dan ayah tandatangan...bila dapat je tandatangan mereka liquid balik then tulis pula kedudukan no yang sebenar-benarnya...hehhehehe...

Peristiwa kedua:
kalau dapat report card rasa2 teruk sangat tak minta tanda tangan malam tu keesokan pagi nak ke sekolah baru minta baru tunjuk hehe..kadang-kadang dapat kadang-kadang langsung tak dapat....hmmmm...

Peristiwa ketiga:

Paling jahat peristiwa ni...hope jangan jadi ikutan...bila mama dan ayah marah tak mahu tandatangan cikgu kat sekolah mendesak minta hantar semula report card hahahaa jalan yang paling senang sign sendiri..tiru bulat-bulat tandatangan mak ayah kita...hahahah..nakalkan..walaupun cikgu cam..miera wat dekkk je..

Kalau ikutkan macam-macam ada banyak lagi situasi yang pernah kita alami masa zaman persekolahan...indah bukan...walauapa pun yang cuba kita lakukan bila fikir kembali ada sebabnya perkara itu terjadi...antaranya..
-kita akan jadi bersemangat nak belajar bersungguh-sungguh
-berusaha lebih maju
-mempunyai keingan untuk lebih berjaya
-supaya tak hancurkan harapan Mak ayah kita yg hantar kita ke sekolah...

Haissshhh kalau nak kongsikan semua sebab dan pengalaman masa sekolah panjang entry ni..jadi anda mesti ada pernah buat macam miera? Ngaku cepat...tak pun anda lagi dasyat dari miera? Mesti adakan..nak share? Jom share kan..komen dan cerita sedikit...mesti lucu bukan..sebabnya masa itu kita tak matang...hehee..
okeylah panjang lebar berceloteh miera berhenti setakat disini...miera akan sambung di entry yang akan datang...harap anda enjoy dan selamat malam...yeaaahhhh...asssalamualaikum....baibaiii....

No comments:

Post a Comment

sila lah menjadi pengOmen setia mish....!