5 Topik Di Benci Lelaki



GF : Awak, awak tahu tak semalam saya bla bla bla
BF : Ohhhh….
GF : Lepas tu saya bla bla bla …
BF : Hmmmm
GF : Awak ni kenapa , macam malas nak layan saya je ?
BF : Hmmm, tak ada apalah..
GF : Awak ni macam bosan bercakap dengan saya je!
BF : Hurmmm mana ada… kita tukar topik lain lah!

Pernah berada di situasi seperti ini ?

Nampak gayanya si dia benar-benar sedang menjaga hati kamu. Bila lelaki mula tidak memberi respon yang ‘ikhlas’ itu bermakna si dia benar-benar bosan dengan topik yang di bincangkan. miera percaya pasti kamu tidak tahu apakah antara topik perbualan yang akan membosankannya bukan ?

Tak menjadi masalah, jangan risau. miera akan senaraikan 5 topik perbualan yang akan membuatkan si dia malas respon dan asyik menguap sahaja bila bercerita dengan kamu.

1)  BEKAS KEKASIH
Tidak kiralah sama ada kamu memuji atau mengutuk, lelaki memang tidak suka bila kamu bercerita tentang bekas kekasih kamu mahupun bekas kekasihnya. Ini kerana, mereka bukanlah golongan yang suka ‘lihat kebelakang’. Bagi mereka apa yang sudah berlalu itu biarlah berlalu jangan di ungkit lagi.

2)  KERJAYANYA
Lelaki paling tidak suka bila mereka terpaksa cerita dari A-Z tentang kerjayanya dan apa yang dia lalui sepanjang berada di pejabat. Cukuplah dengan soalan “adakah semuanya okay di pejabat ?” jangan tanya sehingga ke akar umbi, kerana ia akan menyebabkan si da hilang minat untuk bercerita dengan kamu melainkan si dia benar-benar ingin bercerita.

3)  KELUHAN SI GADIS
Jika kamu ingin hubunginya semata-mata ingin membuat keluhan, lupakan sahaja! Lelaki paling menyampah bila mendengar seorang perempuan mengeluh. Mereka menganggap gadis yang kuat mengeluh ini adalah gadis lembik dan mengada-ngada. Sebaiknya hubungilah teman rapatmu berbanding si dia.

4)  DRAMA DI TELEVISYEN
Ceritalah macam mana menarik sekalipun drama yang kamu tonton do televisyen malam tadi,  pasangan kamu pasti tidak berminat untuk mendengar. Mereka Cuma tertarik jika kamu bercerita mengenai gig, video muzik dan apa sahaja yang berkaitan dengan dunia hiburan atau seni. Ini kerana, bagi mereka drama dan filem itu hanya sekadar lakonan semata dan tidak wujud di dunia yang nyata.

5)  BERCERITA MENGENAI DIRI KAMU
Mungkin bagi kamu topik ini harus kamu perkatakan supaya si dia lebih mengenali kamu. Tetapi sebenarnya lelaki lebih suka mengenali kamu dari pemerhatianya sendiri. Jadi, tidak perlu bazirkan masa dengan hanya bercerita tentang kamu. Melainkan jika si dia benar-benar bertanya.

No comments:

Post a Comment

sila lah menjadi pengOmen setia mish....!