Di zaman sekarang pasti ramai yang lebih berminat untuk menguruskan jenama sendiri dan memulakan perniagaan di alam maya bukan?

Pasti ada di antara kamu yang sudah mencuba nasib namun gagal. Jangan berputus asa, ada 8 cara yang dapat membantu kamu untuk terus berjaya dalam perniagaan online di era 2014.


➳ 1 : KENAL PASTI BARANG YANG INGIN DI PASARKAN
Sebelum kamu membuat keputusan untuk mulakan perniagaan online, kamu perlu kenal pasti dahulu apakah barang atau produk yang ingin kamu jual.

Jika kamu seorang yang mahir membuat cupcake, perniagaan cupcake online sangat sesuai untuk kamu. Bukan apa, bila kamu meniaga mengikut kemahiran yang kamu ada ia akan memudahkan kamu untuk terus jalankan perniagaan itu pada orang ramai.

TIP : Lebih kecil skop perniagaan kamu lebih senang untuk di uruskan. Apabila perniagaan kamu sudah di kemuncak kejayaan barulah kamu mula besarkan sedikit demi sedikit empayar online kamu.


➳ 2 : SIAPA PEMBELI
Setiap jualan pasti ada pembelinya. Jadi selidik dahulu siapa pembeli kamu dan fahami bagaimana ingin memenuhi kepuasan mereka secara maksima.

Lebih mudah jika kamu tetapkan umur target kamu. Sekurang-kurangnya di situ kamu dapat agak siapakah pembeli kamu.



➳ 3 : CIPTA LOGO
Percayalah, perniagaan kamu tidak akan kemana dan bermakna jika ia tiada logo. Setiap pengguna atau pembeli akan mengenali sesuatu produk itu melalui logo. Jadi, sebelum kamu mulakan pasaran pastikan segala logo perniagaan atau produk kamu sudah siap.

Untuk lebih senang pembaca mengenali produk kamu, ciptalah sesuatu logo yang cathy, kreatif dan paling penting menggambarkan produk yang di jual.

Contoh : Jika kamu jual tudung, buatlah logo simbolik helaian tudung atau mungkin juga kamu boleh cipta illustrasi gadis bertudung.



➳ 4 : KOMUNIKASI
Dalam perniagaan benda paling penting adalah komunikasi, inilah masanya untuk kamu mula mengenali semua orang dan kumpul segala maklumat yang ada.

Dalam masa yang sama kamu harus bijak mencuri peluang mencari idea yang ada banyak mana yang kamu mampu.

Sebagai individu yang mempunyai perniagaan kamu harus bekerja keras sedikit untuk membina hubungan dan berkomunikasi dengan orang ramai.

Jika ada pembeli yang menegur kamu, jangan melenting dan tunjukan sikap yang tidak profesional sebaiknya cuba selesaikan masalah dan belajar dari kesilapan.



➳ 5 : JANGAN TANGGUHKAN!
Jika kamu mempunyai idea baru atau cara untuk upgrade perniagaan, jangan tangguhkan ia walau hanya untuk sehari. Ini kerana, sikap yang suka menangguh akan membuatkan kamu jadi pemalas secara tidak langsung.

Sebaiknya segera lakukan apa yang dihajati. Walaupun ia hanya tugasan seperti mengupload gambar sahaja, namun penagguhan kerja akan membuatkan perniagaan kamu semakin merudum.



➳ 6 : SOSIAL MEDIA POWER
Jangan lupa cipta satu akaun sosial media khusus buat perniagaan kamu. Perlu di ingat, jangan campur adukkan akaun perniagaan kamu dengan akaun peribadi.

Sebagai langkah keselamatan, kamu juga perlu wujudkan satu nombor telefon khusus untuk pelanggan. Ini adalah salah satu langkah untuk mengelakkan privasi kamu di ganggu.

Di sosial media, nyatakan waktu operasi kamu serta jika ada sebarang update terkini jangan lupa update segera di akaun perniagaan online kamu.



➳ 7 : WATERMARK SEMUA PRODUK
Setiap gambar yang telah di muat naik ke dalam akaun perniagaan, pastikan mempunyai ‘watermark’ atau cop logo do setiap gambar.

Ia bukan sahaja jalan untuk menyelamatkan produk kamu tidak di ‘ciplak’ ia juga sebenarnya sebahagaian daripada kamu menjenamakan produk jualan kamu.

Mungkin nampak remeh, tetapi cara ini akan membantu kamu untuk menimbulkan kesedaran dari pembeli yang lain.

  
➳ 8 : SERAGAM
Sedikit tip, pastikan semua akaun kamu seperti facebook, instagram atau youtube mempunyai satu nama yang sama dan seragam. Pastikan ia tidak bertukar-tukar dan berlainan.

Cara ini akan memudahkan pembeli mencari kamu dan terus kekal berhubung dengan kamu.

Perlu di ingat, jika kamu mempunyai akaun nama yang berbeza itu menunjukan kamu tidak serius dan tidak profesional dengan perniagaan online kamu.