Cinta seawal 20-an memanglah sesuatu yang menyeronokkan. Lebih lagi bila hubungan itu lebih ‘santai’ dan bersahaja. Namun, sebenarnya ada beberapa pekara ‘DO & DON’T’ yang harus kamu ketahui bila bercinta di usia 20an.

DO :

❖      KELUAR MALAM BERSAMA
Ini tidak bermaksud kamu harus pulang lewat atau sebagainya. Cukup sekadar makan malam bersama sambil bercerita tentang apa yang kamu berdua dah lalui sepanjang hari. Secara tidak langsung hubungan kamu berdua akan semakin dekat dan rapat.

❖      BERKONGSI PEMBELANJAAN
Tidak di nafikan, semua gadis pasti mengidamkan pasangannya untuk menaja segala pembelanjaan mereka bukan ? Tetapi, ada kalanya kamu juga perlulah mengorbankan sedikit wang ringgit kamu. Tiada salahnya jika kamu berdua bayar segala bil makanan bersama-sama. Barulah nampak susah dan senang bersama.

❖      BERTERUS TERANG TENTANG PERASAAN
Bercinta di usia muda selalunya tidak akan berkekalan kerana rata-rata daripada mereka hanya sekadar ‘suka-suka’. Jadi, seeloknya berterus teranglah dengan pasangan sejauh mana kamu harapkan hubungan ini berkekalan. Jangan sesekali mainkan perasaan pasangan kamu jika kamu berniat hanya untuk gunakannya sahaja.

❖       BERI RUANG PADANYA
Bila bercinta, tidak bermakna kamu milikinya 100%. Adakalanya si dia juga memerlukan ruang dan masa untuk bersendirian atau bersama teman-temannya. Jadi, hormatilah haknya juga. Maklumlah orang berjiwa muda ni suka bebas. Mereka tidak suka di kawal. Oleh itu, sekirannya kamu ingin hubungan kamu pergi jauh buatlah apa yang sebetulnya.

❖      ‘HAVE FUN’ BERSAMA!
‘Life is too short to waste your time!’. Jangan buang masa dengan bergaduh dan berselisih faham sahaja. Nikmatilah keindahan kehidupan bersama-sama. Tunjukan pada dunia bertapa bertuah dan bersyukurnya kamu berdua kerana di satukan. Usah hiraukan kata-kata orang yang cuba menjatuhkan semangat kamu berdua. Bergembira dan berseronoklah dengan apa yang kamu ada.


DON’T :


❖      UPLOAD GAMBAR-GAMBAR DI MEDIA SOSIAL
Kesilapan ini sering di lakukan oleh para gadis terutamanya yang masih berusia 20 tahun ke bawah. Mereka menganggap adalah sesuatu kewajiban bagi seorang lelaki memuat naik gambar-gambar pasangannya di setiap media sosial miliknya. Tahukah kamu, sebenarnya perasaan seperti ini timbul bila seorang gadis itu rasa ‘tidak selamat’ dan berniat untuk menunjuk-nunjuk dengan apa yang ada. This is so NO! kalau dua-dua saling cinta mencintai tak aka nada perasaan ‘tidak selamat’ antara kamu berdua. Setuju ?

❖      JANGAN BER-SMS DENGAN RAKAN-RAKANNYA!
Lelaki mudah salah faham jika dapat tangkap kekasihnya sedang SMS dengan sahabat baiknya. Lebih lagi jika lelaki itu masih di usia 20 tahun ke bawah. Maklumlah, kadang-kadang  orang muda mudah melatah dan agak tidak matang. Mereka akan menganggap kamu mempunyai hubungan sulit di belakangnya. Jadi, hati-hati. Kalau boleh elakkan kecuali TERPAKSA.

❖      BERCERITA TENTANG BEKAS KEKASIH
Jangan sesekali buka cerita tentang apa yang pernah dan sudah kamu lalui bersama bekas kekasih. Kisah kamu itu pasti akan membosankan dan agak ‘memanaskan’. Ia mengambarkan bertapa kamu masih mengingati bekas kekasih kamu itu.

❖      JANGAN MEMBEBEL & MERUNGUT
Lelaki paling tak selesa bila pasangannya kuat membebel dan merungut. Lebih lagi sewaktu usia muda. Ini kerana kamu pasti akan kelihatan seperti ‘makcik-makcik’ yang suka membebel tanpa ada titik noktah. Jangan kata si dia je tak selesa orang yang berada si sekeliling kamu pun akan jadi tidak selesa.

❖      JANGAN UBAH DIRINYA
Kamu tidak boleh mengubah sesiapa termasuklah dirinya secara paksaan. Itu dikira sesuatu yang kurang sopan untuk di cuba. Bila kamu mencintai dan mengenali seseorang dengan hati yang ikhlas, kamu pasti akan menerima segala kebaikan dan kelemahan dirinya. Oh ye, REMAJA percaya pada satu pepatah “Jika kamu ingin mencintai seseorang itu, cintailah dia dari kelemahannya kemudian di selangi dengan kelebihannya. Barulah kamu akan menerima segala baik buruknya.”